PropertyGuru kekal sebagai laman hartanah No. 1 Malaysia -

PropertyGuru kekal sebagai laman hartanah No. 1 Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PropertyGuru mengukuhkan kedudukannya sebagai laman web hartanah No. 1 di Malaysia, meningkatkan pegangan pasarannya kepada 63 peratus berdasarkan data purata enam bulan sejak  Oktober 2020 hingga Mac 2021, seperti dilaporkan data terkini SimilarWeb.

PropertyGuru kekal meneraju dengan 60 peratyus aliran trafik seperti dilaporkan oleh Comscore.

Selain itu, PropertyGuru juga kekal sebagai laman web hartanah ‘Paling Digemari’, mencatat purata kunjungan bulanan lebih 12 juta sejak  Januari hingga Mac 2021.

Hasil pertumbuhan mantap ini, PropertyGuru kin ihampir dua kali lebih besar daripada saingan dalam pasaran dan telah meningkatkan trafik laman web melebihi 50 peratus (suku ke suku) – petunjuk  jelas  ia adalah platform utama pilihan pembeli rumah di Malaysia.

Dengan lebih 500,000 pilihan, PropertyGuru menawarkan pilihan terbanyak rumah di Malaysia.

Ini menyumbang kepada populariti PropertyGuru dalamkalangan pencari rumah selain inovasi lawatan rumah maya yang ditawarkan sejak berlakunya pandemik tahun lalu.

Pencari rumah di Malaysia semakin menerima lawatan rumah maya berbanding sebelum ini apabila PropertyGuru menyaksikan peningkatan 62 peratus dalam lawatan Maya 3D berbanding tahun sebelumnya. Lawatan maya ini juga melibatkan pelbagai  projek dan pelancaran baru oleh pemaju, yang dipaparkan di PropertyGuru.com.my

Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia,  Sheldon Fernandez, berkata, membeli rumah boleh menjadi pengalaman sangat sukar untuk ramai orang, dan di PropertyGuru, mereka sentiasa berusaha untuk meringankan beban pelanggan – dengan membantu memudahkan proses mencari rumah yang telus.

“Di sebalik kedudukan dan gelaran ini, posisi kami sebagai Laman Web Hartanah No.1 di Malaysia menunjukkan kepercayaan yang diberikan rakyat Malaysia terhadap kami dengan menjadikan kami laman web pilihan untuk mereka mencari kediaman.. Kami sangat teruja dengan pengiktirafan ini, namun kami akan terus berkerja keras..

“Kami komited untuk terus membantu rakyat Malaysia membuat keputusan hartanah dengan yakin dengan menawarkan hartanah, pandangan dan penyelesaian  tepat kepada mereka,” katanya.

Penerajuan berterusan PropertyGuru dalam pasaran di Malaysia adalah hasil komitmen untuk terus menawarkan penyelesaian inovatif dan pandangan yang boleh dilaksanakan bagi memberikan khidmat terbaik kepada pencari rumah dan pelanggannya.

Terkini dalam rentetan inovasinya adalah penyelesaian ‘Listing Performance Insights’, bertujuan menyediakan pandangan boleh dilaksana dan bernilai kepada ejen, yangdiperolehi daripada data mengenai tingkah laku pengguna, nilai hartanah, perbandingan prestasi hartanah, analitik pasaran, dan pelbagai maklumat lagi di PropertyGuru.

“PropertyGuru kekal yakin denganinovasi berterusan ekosistem hartanah. Kami percaya bahawa data adalah penting dalam perubahan landskap industri hartanah.

Menawarkan maklumat yang relevan dan pandangan boleh dilakukan kepada ejen-ejen hartanah akan membolehkan mereka menyesuaikan senarai dan set hartanah mereka bagi memenuhi keperluan penjual dan pencari rumah dengan lebih baik.

“Penyelesaian Listing Performance Insights memastikan semua pihak dapat memanfaatkan kecerdasan data. Kami akan terus berusaha mencari kaedah inovatif untuk memanfaatkan data bagi meningkatkan pengalaman ejen dan pencari rumah , memberi makna baru kepada cara pengguna mencari rumah idaman mereka,” kata Sheldon.

Sebelum ini, ejen-ejen memiliki gambaran terhad mengenai tingkah laku pengguna yang berinteraksi dengan senarai mereka adalah terhad.

Ini mewujudkan cabaran dalam mengetahui keberkesanan senarai, dan di mana pembetulan dan pembaikian boleh dibuat bagi menambahbaikproses jualan untuk ejen dan pencari rumah.

Kajian mendapati bahawa ejen kekurangan data kontekstual dan perlu berusaha lebih untuk mengumpul maklumat tentang pesaing mereka, sejarah harga jualan hartanah di kawasan mereka, dan ROI yang ditawarkan oleh hartanah mereka.

Ini mengakibatkan penentuan tepat harga hartanah serta kemampuan penyesuaian dengan trend pembelian pantas, menjadi lebih sukar.

Memahami cabaran-cabaran ini, PropertyGuru menetapkan pelaksanaan matlamat pembaharuan ke atas penyelesaian Listing Performance Insights dengan menawarkan pandangan boleh dilaksana dengan mudah untuk prestasi senarai mereka dan data sejarah pasaran.

Dengan penyelesaian unik hanya di PropertyGuru ini, ejen dapat menguruskan senarai mereka dengan lebih baik bagi meningkatkan hasil dan mendapatkan hasil lebih baik dan lebih banyak perintis jualan, seterusnya menemukan pembeli tepat untuk hartanah disenaraikan.

Justeru, ia juga memberi peluang kepada pelanggan untuk mencari hartanah yang lebih relevan untuk mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×