Pelan Strategik MARA 2021-2025 - Utusan Malaysia

Pelan Strategik MARA 2021-2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menjunjung amanah, mendepani cabaran masa hadapan

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) merencana strategi pelan jangka panjang melalui Pelan Strategik MARA (PSM) 2021-2025 merangkumi dimensi baharu teras, strategi dan keberhasilan (outcome) program dengan mengambil kira cabaran ekonomi dan senario politik semasa negara.

Pelan strategik ini memberi penekanan kepada 4 Teras utama yang meliputi empat (4) sektor MARA iaitu Keusahawanan, Pendidikan, Pelaburan dan Khidmat Pengurusan, 17 strategi merangkumi keseluruhan sektor tersebut serta 22 indikator keberhasilan (outcome).

Usaha ini dipacu oleh sektor khidmat pengurusan yang menggerakkan operasi MARA di dalam dan luar negara.

Setakat Disember 2020, MARA mempunyai sebanyak 573 pusat pentadbiran dengan keseluruhan warga kerja berjumlah 18,876 orang.

Bermula tahun 1996 hingga kini, MARA telah menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada 256,777 usahawan dan seramai 836,347 usahawan telah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui Program Latihan Keusahawanan MARA.

Manakala Sektor Pendidikan pula telah menyediakan program pengajian yang bersepadu dan komprehensif daripada peringkat menengah hingga tertiari bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama dan bertaraf global.

 

Bagi tempoh lima tahun ini (2015 hingga 2020), MARA telah menyumbang sebanyak 276,965 tenaga kerja dengan kebolehpasaran sebanyak 92.7 peratus.

 

AZIZAH MOHD. DUN

Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, selama lebih lima dekad, MARA komited membawa agenda ke arah membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dan bergerak selari dengan agenda serta dasar semasa kerajaan.

Ujarnya, MARA juga terus berubah mengikut perkembangan teknologi serta tuntutan globalisasi dan berupaya memenuhi aspirasi bumiputera.

“PSM 2021-2025 digubal selaras dengan dasar dan aspirasi negara ke arah memperkasa program bagi menjamin bumiputera terus berupaya mendepani cabaran semasa di samping menghadapi pandemik Covid-19.

“Ia menitikberatkan tanggungjawab yang perlu digalas serta tindakan-tindakan strategik yang perlu diambil bagi memastikan matlamat penubuhan MARA tercapai,” katanya dalam Majlis Pelancaran PSM 2021-2025 di sini, kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya