Konflik kepentingan: Mahmud Abu Bekir bercuti - Utusan Malaysia

Konflik kepentingan: Mahmud Abu Bekir bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cahya Mata Sarawak memaklumkan, Pengarah dan Timbalan Pengerusi Kumpulan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib telah bercuti secara sukarela daripada semua jawatannya di dalam Kumpulan itu.

Keputusan itu diambil bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa berhubung dakwaan wujud konflik kepentingan membabitkan beliau dan bekas Ketua Pegawai Penerangan, Karl Vink @ Khalid Abdullah.

Menurut Cahya Mata Sarawak, Kumpulan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut.

“Dakwaan itu diterima melalui saluran pemberi maklumat Kumpulan. Sebelum laporan dibuat, Lembaga Pengarah telah menjalankan siasatan menyeluruh bagi melindungi kepentingan syarikat dan pemegang taruh,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, Lembaga Pengarah memberi jaminan yang ia mempertahankan urus tadbir korporat yang baik pada tahap tertinggi dan menjalankan tanggungjawabnya.

“Melangkah kehadapan, Lembaga Pengarah akan terus memandu Kumpulan dalam mematuhi undang-undang dan meletakkan keutamaan kepentingan para pelabur.

“Kami meminta semua pemegang taruh membenarkan siasatan dijalankan dan bersabar menunggu keputusannya. Lembaga Pengarah akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan telah mengarahkan pihak pengurusan memberikan kerjasama penuh,” jelasnya.

Lembaga Pengarah pada masa yang sama merakamkan penghargaan di atas keputusan Mahmud Abu Bekir dan menyifatkan tindakan itu satu teladan dalam tadbir urus korporat yang baik.

Kumpulan jelasnya, akan memberikan maklumat semasa mengenai isu tersebut kepada semua pemegang taruh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya