KETSA puas hati dengan TNB - Utusan Malaysia

KETSA puas hati dengan TNB

Shamsul Anuar Nasarah (dua, kanan) mendengar penjelasan daripada Mahdzir Khalid (tengah) mengenai Projek Kampus Platinum TNB pada sesi lawatan kerja ke TNB di Bangsar, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berjaya tingkatkan kualiti perkhidmatan, kekal berdaya maju

PETALING JAYA: Kerajaan ber­puas hati dengan usaha Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengukuhkan perbekalan elektrik negara dalam usaha berterusan syarikat utiliti negara itu me­ningkatkan perkhidmatan dan memperkasa pengguna.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, adalah menjadi hasrat kerajaan supaya rakyat terus mendapat bekalan elektrik dengan harga yang berpatutan.

Ujarnya, pada masa sama TNB perlu terus berdaya maju bagi meneruskan pelaburan modal dan mendapat pulangan setimpal yang boleh dikongsi dengan rakyat serta para pemegang sahamnya.

“Pengalaman daripada pandemik Covid-19 jelas menunjukkanTNB telah membuat pelbagai sumbangan dengan nilai yang amat besar bagi mengurangkan bebanan rakyat.

“Pencapaian TNB meningkatkan kualiti bekalan elektrik dengan Sistem Indeks Purata Tempoh Gangguan (SAIDI) di Semenanjung menurun secara konsisten di bawah paras 60 minit sejak 2014 sehingga mencapai 44.95 minit pada tahun lalu harus dipuji.

“Walaupun SAIDI yang meru­pakan ukuran tempoh gangguan bekalan elektrik ini antara terendah di negara-negara Asia Tenggara dan sebilangan negara membangun, namun saya percaya TNB boleh melakukan lebih lagi,” katanya pada sesi lawatan kerja ke TNB di Kompleks Ibu pejabat TNB, di sini.

Sepanjang tiga jam sesi lawatan, Shamsul Anuar diberikan taklimat mengenai pemodenan sistem Rangkaian Pembahagian TNB yang mengambil kira keperluan rakyat, rancangan pelaburan modal TNB untuk tempoh 2022 hingga 2024 serta taklimat ringkas mengenai Kampus Ibu Pejabat baharu TNB yang sedang dalam pembangunan.

Sementara itu, Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau yakin TNB de­ngan kekuatan lebih 35,000 warga kerja di bawah pimpinan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ir. Baharin Din mampu terus menerangi negara selain melaksanakan program yang dirancang kerajaan.

“Ini termasuk mempertingkatkan lagi kualiti bekalan elektrik dan peranan tenaga solar serta meningkatkan peluang pekerjaan melalui program latihan semula dan peningkatan kepakaran (reskilling dan upskilling) bagi memenuhi keperluan bekalan industri tenaga,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya