Jadikan vape sumber hasil baharu negara - Utusan Malaysia

Jadikan vape sumber hasil baharu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Industri rokok elektronik (vape) yang bernilai berbilion ringgit perlu dikawal selia supaya ia dapat dijadikan sumber hasil yang baharu untuk negara.

Penganalisis pelaburan dan ekonomi, K. Pankaj berkata, kawal selia terhadap industri tersebut mampu menjamin pemulihan ekonomi negara.

Kata beliau, akibat pandemik Covid-19, ekonomi negara menghadapi risiko ketidakpastian dan ada kemungkinan akan berlaku kejutan komoditi serta masalah yang timbul berkaitan pemberian vaksin.

“Di samping itu, nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah melonjak ke angka tertinggi baharu iaitu mencecah 93.3 peratus manakala hutang kerajaan persekutuan telah meningkat kepada 62.2 peratus daripada KDNK nominal menjelang akhir Disember 2020, berbanding 52.5 peratus setahun lepas.

“Sesungguhnya kita perlu mencari sumber hasil baharu dan industri belum dicukai seperti sektor vape Malaysia boleh menjana sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam kenyataan dekat sini.

Beliau melihat keperluan tersebut timbul hasil pemerhatiannya kepada laporan Penilaian Ekonomi dan Wang Bank Negara Malaysia (BNM) 2020 yang diterbitkan pada 31 Mac lalu.

Kata beliau, walaupun BNM meramalkan pemulihan ekonomi antara enam peratus hingga 7.5 peratus pada tahun ini berbanding penyusutan 5.6 peratus tahun lalu, negara masih perlu berwaspada.

Menurut beliau, kajian kendalian Grand View Research Inc. meramalkan bahawa saiz pasaran vape global akan mencecah AS$67.31 bilion (RM270.10 bilion) menjelang 2027, mencatatkan kadar pertumbuhan terkompaun tahunan sebanyak 23.8 peratus dari segi hasil antara 2020 hingga 2027.

“Dalam pada itu, industri vape Malaysia juga turut sama berkembang untuk menjadi industri yang bernilai RM2.27 bilion dengan 3,300 perniagaan berkaitan yang mempunyai tenaga kerja kira-kira 15,000 kakitangan.

“Kerajaan berpotensi menjana hasil tambahan berjumlah RM300 juta jika cukai diperluas untuk e-cecair vape nikotin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya