Dana UOBAM nombor satu di ASEAN - Utusan Malaysia

Dana UOBAM nombor satu di ASEAN

LIM SUET LING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dana pelaburan UOB Asset Management (Malaysia) (UOBAM (Malaysia), United ASEAN Discovery Fund mengungguli Jadual Liga Ekuiti ASEAN 2020 di Anugerah Dana Refinitiv Lipper Malaysia 2021, mengatasi prestasi rakan industri lain dengan pulangan purata 63 peratus.

Jadual liga itu memilih dana ekuiti ASEAN di Malaysia berdasarkan pendapatan dan peningkatan modal mereka selama tiga tahun bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember tahun lalu.

Menurut UOBAM Malaysia dalam kenyataan, dua lagi dananya iaitu United Income Plus Fund dan United Bond and Equity Strategic Trust turut menduduki tempat kedua dan keempat pada majlis tersebut.

Dua dana itu masing-masing untuk Aset Campuran Ringgit Konservatif (untuk tempoh tiga tahun) dan Aset Campuran Ringgit Seimbang Global (untuk tempoh lima tahun).

Katanya, tiga dana lain turut menerima anugerah iaitu Dana Terbaik bagi tempoh tiga tahun (Ekuiti ASEAN untuk United ASEAN Discovery Fund); Dana Terbaik bagi tempoh tiga tahun, Aset Campuran TM Konservatif (United Income Plus Fund) dan Dana Terbaik bagi tempoh lima tahun, aset campuran RM Seimbang Global (United Bond and Equity Strategic Trust).

Mengulas pencapaian itu, Ketua Pegawai Eksekutif UOBAM (Malaysia), Lim Suet Ling berkata, pihaknya sentiasa mengamalkan pendekatan penyelidikan `bawah ke atas’ dan memberi tumpuan pada asas syarikat sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan berstuktur untuk mencapai prestasi dana yang pulangan terbaik bagi pelabur.

Beliau berkata, syarikat juga telah memanfaatkan kepakaran pasukan serantau Kumpulan UOBAM, selain Malaysia, yang mempunyai pengetahuan tempatan mendalam tentang pasaran di Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam.

“Pada 2020, terutamanya dengan mempertimbangkan kesan daripada COVID-19, kami telah memberi tumpuan kepada syarikat dalam sektor berkaitan penjagaan kesihatan, sebagai contoh, pengeluar sarung tangan perubatan yang mengalami keuntungan luar biasa semasa pandemik.

“Pemecutan yang berterusan dalam digitalisasi di seluruh dunia mendorong kami menyusun semula strategi untuk meningkatkan peruntukan aset ke sektor teknologi. Usaha kami membuahkan hasil apabila United ASEAN Discovery Fund, United Income Plus Fund dan United Bond and Equity Strategic Trust meraih keuntungan berikutan prestasi kukuh yang dicatat oleh stok berkaitan penjagaan kesihatan dan teknologi di ASEAN dan juga di seluruh dunia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.