PETALING JAYA: Langkah Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperluas pelaburannya ke sektor tenaga boleh dibaharui (RE) dilihat memberi kelebihan kepada syarikat itu untuk mempelbagaikan sumber penjanaan tenaganya. Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, usaha itu membuktikan komitmen TNB untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam sektor RE untuk tempoh jangka panjang. “Kebaikan menceburi RE adalah mampu mempelbagaikan sumber penjanaan sekaligus mengurangkan risiko ke atas ketidaktentuan…










