PETALING JAYA: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus merupakan satu lagi petanda bahawa ekonomi negara sudah mula menunjukkan potensi ke arah pemulihan. Menurut Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, ia disokong oleh keputusan kerajaan untuk melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membolehkan lebih banyak sektor ekonomi dibuka dan penduduk boleh merentas daerah untuk melakukan pelbagai aktiviti.…










