Digitalisasi: UEM Sunrise tingkat komitmen - Utusan Malaysia

Digitalisasi: UEM Sunrise tingkat komitmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) telah melancarkan tiga aplikasi baharu berjenama gUb iaitu hUb Home, hUb Mall dan hUb Life dalam usaha meneruskan komitmennya terhadap digitalisasi dan kemudahan untuk para pelanggan.

Pelancaran aplikasi terbabit merupakan kesinambungan daripada hUb pertama yang diperkenalkan dua tahun lalu, hUb Prop, sebagai penanda aras pertama dalam agenda transformasi digital UEM Sunrise.

Menurut UEM Sunrise, hUb Prop dicipta sebagai platform sehenti kepada para pelanggan setianya yang juga dikenali sebagai Tresorians untuk menikmati pengalaman berbeza dalam urusan pembelian hartanah dengan lebih 4,000 pelanggan telah memuat turun aplikasi berkenaan.

Majlis pelancaran aplikasi berkenaan telah dilancarkan secara maya oleh Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaIC), Dzuleira Abu Bakar kelmarin.

Pada majlis itu, Sufian turut melancarkan penubuhan Rise Digital Sdn. Bhd. (Rise Digital), sebagai anak syarikat digital UEM Sunrise.

“Landasan digital kami adalah satu langkah transformasi dalam evolusi platform penglibatan pemegang taruh yang paling penting iaitu pelanggan kami. Sebagai satu daripada pemaju hartanah terkemuka negara, kami sentiasa berusaha mencari kaedah baharu untuk berinovasi dan meningkatkan taraf kehidupan para pelanggan kamis erta orang ramai,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Dzuleira berkata, UEM Sunrise adalah contoh terbaik jangkauan korporat Malaysia dalam memainkan peranan penting bagi ekosistem syarikat pemula.

“UEM Sunrise boleh mengambil langkah mudah bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan tradisional sedia ada untuk perisian mereka. Tetapi, mereka telah mengambil risiko dan menaruh kepercayaan terhadap syarikat-syarikat pemula bahawa mereka boleh memberi khidmat terbaik untuk pelanggan-pelanggan mereka,” katanya.

Aplikasi hUb Home bakal berfungsi sebagai pasaran maya, sementara hUb Amll merupakan platform pelbagai khidmat merangkumi berita dan pengumuman dan hUb Life adalah platform sehenti untuk perkhidmatan pengurusan kondomonium sepertiu akses opelawat, tempahan kemudahan dan ID digital untuk penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.