Ajinomoto tawar 200 resepi menarik - Utusan Malaysia

Ajinomoto tawar 200 resepi menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar perencah berkualiti tinggi global, Ajinomoto Malaysia Berhad menawarkan lebih 200 resepi mesra pengguna di laman web bagi menyokong suri rumah dan ibu bapa berkerjaya dalam menyediakan makanan untuk seisi keluarga.

Inisiatif itu dibuat aktiviti memasak di rumah telah menjadi norma baharu bagi kebanyakan keluarga berikutan penularan wabak Covid-19 sejak tahun lalu.

Ajinomoto Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, projek itu merupakan sebahagian daripada Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) bagi mendorong orang awam untuk Eat Well, Live Well bersama Ajinomoto.

“Ajinomoto telah memperkenalkan beberapa ciri baharu pada laman resepi yang telah ditambah baik bagi meningkatkan pengalaman para pengguna, iaitu kaedah pengkategorian resepi yang lebih efisien dan fokus, serta maklumat nutrisi yang padat. 

“Kaedah pengkategorian resepi baharu tersebut telah diwujudkan dengan matlamat untuk memudahkan proses pencarian resepi yang diingini. Kategori ‘Khas buat Anda’ pula telah diperkenalkan bagi memenuhi keperluan khusus kumpulan yang lebih spesifik seperti Kanak-kanak, Kumpulan Warga Emas/Diet Kurang Sodium dan Individu Aktif,” kata kenyataan itu.

Oleh kerana tabiat pemakanan merupakan cerminan gaya hidup, Ajinomoto telah bekerjasama dengan pakar-pakar nutrisi dalam penghasilan resepi khas buat individu aktif serta panduan kesihatan dan maklumat nutrisi untuk set makanan seimbang berlandaskan tiga tahap ketahanan berbeza iaitu rendah, sederhana dan tinggi. 

“Resipi dengan kandungan sodium rendah yang dikongsikan di laman sesawang tersebut akan memanfaatkan golongan warga emas serta seisi keluarga. Penggunaan Perencah Umami (MSG) istimewa Ajinomoto dapat mengurangkan kadar pengambilan sodium dan garam sambil mengekalkan keenakan setiap hidangan makanan. 

“Selain itu, resepi untuk kanak-kanak juga kaya dengan khasiat selain enak dan menarik,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya