AirAsia berjaya laksana penempatan saham swasta - Utusan Malaysia

AirAsia berjaya laksana penempatan saham swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AirAsia Group Berhad (AirAsia) telah berjaya melaksanakan penempatan saham swasta tahap kedua hari ini yang menambah sejumlah 100,367,362 saham biasa baharu yang diterbitkan, mewakili kira-kira 3 peratus daripada jumlah saham terbitan syarikat pada harga terbitan RM0.865 setiap satu.

Menurut AirAsia, kejayaan itu adalah selepas penempatan tahap pertama berjumlah 11.07 peratus atau 369.85 juta saham yang diterbitkan pada 19 Februari lalu, menyaksikan kemunculan pelabur yang berpangkalan di Hong Kong, Dr. Stanley Choi Chiu Fai sebagai antara pemegang saham terbesar setelah meningkatkan sahamnya kepada 8.96 peratus daripada kurang 5 peratus sebelum ini.

Katanya, secara keseluruhan, kedua-dua tahap menjadikan saham baharu diterbitkan berjumlah 470.21 juta di bawah pelaksanaan penempatan saham swasta, mewakili 14.07 peratus daripada jumlah saham terbitan AirAsia Group dan berjaya mengumpul RM336.46 juta.

“Pemegang saham AirAsia Group dan Bursa Malaysia Securities Bhd. sebelum ini telah meluluskan pelaksanaan penempatan swasta oleh AirAsia Group sehingga 20 peratus daripada jumlah saham AirAsia Group yang diterbitkan.

“Pelaksanaan penempatan saham swasta ini merupakan sebahagian daripada rancangan besar AirAsia Group untuk mengumpul hingga RM2.0 – RM2.5 bilion melalui gabungan hutang dan ekuiti untuk membiayai antara lain, keperluan modal di bawah AirAsia Group,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya