INSPIRASI NIAGA ARAU : Tumbuhan pegaga atau centella asiatica adalah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah semakin mendapat tempat dalam pasaran termasuk industri kecantikan di peringkat antarabangsa. Herba menjalar itu yang terkenal dengan khasiat awet muda dalam kalangan masyarakat Melayu menjadi pendorong kepada seorang anak muda, Suhafiza Johari, 33, untuk meneroka pasaran baharu dengan memperkenalkan produk jus pegaga sebagai salah satu cabang perniagaan keluarganya.…










