PKP: Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 5 peratus tahun ini - Utusan Malaysia

PKP: Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 5 peratus tahun ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berlegar antara lima peratus tahun ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dijadualkan berakhir 18 Februari ini.

Ramalan ekonomi tersebut berbeza dengan julat unjuran dikeluarkan kerajaan sewaktu Belanjawan 2021 antara 6.5 peratus hingga 7.5 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Affin Hwang Capital, Alan Tan berkata, firma tersebut selesa meletakkan pertumbuhan KDNK Malaysia berkemungkinan melonjak sekitar lima peratus mengambil kira PKP 2.0 serta kemungkinan peningkatan permintaan pada separuh kedua tahun ini menerusi pengedaran vaksin.

Katanya, ia bakal menyumbang kepada aktiviti ekonomi terutama membabitkan pe­ningkatan penggunaan swasta.

“Kesimpulannya ya, kami melihat beberapa kesan daripada PKP 2.0 jika dilanjutkan dan sama juga jika prosedur operator standard (SOP) diketatkan memasuki suku kedua tahun ini dengan andaian jumlah kes terus meningkat.

“Walau bagaimanapun, jangkaan kami adalah pengedaran vaksin, kemungkinan rangsangan fiskal dan persekitaran luaran yang lebih baik, kami berpendapat bahawa ekonomi Malaysia pada tahap lima peratus berbanding pe­nguncupan lima peratus tahun lalu,” katanya dalam Malaysia Economic Outlook and Construction Sector Briefing menurut laporan Theedgemarkets.com.

Mengulas lanjut, Alan berkata, firma penyelidikan itu mencari andaian asas pertumbuhan KDNK enam peratus tahun ini susulan kesan asas rendah penguncupan lima pe­ratus tahun lalu.

“Dengan andaian jika PKP 2.0 dilanjutkan melebihi 18 Februari, ia mungkin akan mengheret kedudukan ekonomi.

“Namun begitu, rangsangan fiskal berkemungkinan akan menyokong kegiatan ekonomi pada tahun 2021. Eksport juga dijangka meningkat lebih baik daripada jangkaan semasa disebabkan pemulihan global terutama daripada China,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya