Petronas Dagangan catat untung lebih rendah 2020 - Utusan Malaysia

Petronas Dagangan catat untung lebih rendah 2020

Penyusutan harga bahan api untuk kenderaan persendirian turut menyumbang kepada kadar inflasi negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Dagangan Berhad (PDB) merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM386.4 juta bagi tahun kewangan 2020 berakhir 31 Disember.

Syarikat mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM276 juta bagi tempoh dilaporkan, berbanding RM829.54 juta tahun sebelumnya disebabkan cabaran luaran termasuk penurunan harga produk petroleum.

PDB turut merekodkan perolehan lebih rendah iaitu sebanyak RM18.71 bilion bagi tempoh dilaporkan, berbanding RM30.29 bilion tahun sebelumnya, disebabkan jumlah jualan yang lebih rendah dan kemerosotan purata harga jualan.

Menurut PDB, ia mula merekodkan pemulihan pada suku ketiga 2020, namun pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersayrat (PKPB) pada suku keempat telah menjejaskan trajektori pertumbuhannya, apabila hanya merekodkan PBT sebanyak RM115.4 juta, manakala perolehan pula berjumlah RM4.394 bilion.

Untuk suku keempat 2020, PDB merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM89.21 juta berbanding RM126.59 juta, manakala perolehan berjumlah RM4.393 bilion daripada RM7.79 bilion tahun ke tahun.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, walaupun 2020 tahun mencabar, namun ia merupakan pemboleh inovasi.

Justeru katanya, PDB telah mempercepatkan pelan untuk mempelbagaikan portfolio produk dan melaksanakan pendigitalan terhadap operasi, sebagai sebahagian daripada usaha untuk berdaya tahan dalam perniagaan.

“Kami menjangkakan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan merupakan satu cabaran bersifat sementara terutama bagi tempoh suku pertama 2021. Untuk itu, usaha kami dalam mencipta pelyang baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentisa berubah akan menjadi perkara penting kepada pertumbuhan perniagaan dan pembangunan PDB,” katanya dalam kenyataan.

Bagi memenuhi perubahan tingkah laku pembelian dan penggunaan pelanggan, PDB telah mempercepatkan pengembangan penawaran makanan dan minumannya dengan memasukkan lebih banyak pilihan makanan melalui inisitaif Makan@Mesra.

Ini termasuk menawarkan pelbagai makanan premium segar dan seimbang pada harga berpatutan untuk mengatasi permintaan yang semakin meningkat.

Sehingga kini, terdapat sembilan stesen minyak Petronas yang menawarkan inisiatif Makan@Mesra dan PDB merancang untuk meningkatkan jumlah stesen kepada 200 menjelang akhir tahun ini.

PDB mengisytiharkan dividen sebanyak 17 sen sesaham bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2020, manakala 38 sen dividen untuk tahun kewangan 2020.

Dalam sesi dagangan hari ini, saham PDB naik 2 sen, ditutup kepada RM19.20. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya