MRA penerima inisiatif CIMB Bonus Points for Sustainability - Utusan Malaysia

MRA penerima inisiatif CIMB Bonus Points for Sustainability

Petugas Malaysian Relief Agency mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysian Relief Agency (MRA) terpilih sebagai penerima inisiatif CIMB Bonus Points for Sustainability (BPS) dengan kerjasama CIMB Foundation yang dijadualkan sepanjang tahun ini. 

Inisiatif ini membolehkan pelanggan CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad menukar mata bonus kad kredit dan perbankan menjadi sumbangan tunai yang dikecualikan cukai untuk disalurkan kepada MRA dan senarai penerima lain, dengan kadar penukaran terbaik di industri iaitu 4,000 mata bonus untuk setiap sumbangan RM10. 

Ketua Pegawai Kelestarian CIMB Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Rafe Haneef berkata, inisiatif ini turut mempromosi kaedah penyumbangan dana yang kekal dan berterusan bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama ketika negara dilanda pelbagai bencana seperti banjir dan kesan wabak Covid-19 yang berterusan.

“Dengan semangat #KitaJagaKita, kami amat berbesar hati dapat menyokong NGO seperti MRA dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang terjejas. 100 peratus daripada jumlah sumbangan tersebut akan disalurkan terus kepada penerima.

“Kami berharap dengan kemudahan dan fleksibiliti untuk menyumbang melalui penukaran Bonus Point ini, pelanggan kami juga akan berganding bahu dalam memberikan impak positif kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman menegaskan, pihaknya tetap komited berada di lapangan dalam membantu mereka yang terjejas akibat bencana alam yang berlaku di Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak. 

“Kami amat teruja dengan sokongan yang diberikan oleh CIMB dan usaha ini dapat memastikan sumbangan berterusan kepada MRA, sekali gus melancarkan program kendalian kami dengan lebih berkesan.

“Sehingga Disember lalu, MRA telah mengagihkan hampir RM13 juta bantuan di seluruh negara sejak awal perintah kawalan pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada CIMB atas sumbangan RM 50,000 yang disalurkan kepada MRA untuk pengagihan bantuan kepada mangsa banjir sepanjang tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.