Animasia Studio terbit animasi trilogi fiksyen - Utusan Malaysia

Animasia Studio terbit animasi trilogi fiksyen

Young Captain Nemo merupakan siri buku fisyen terlaris di Amazon.com dan sentiasa menarik perhatian para pembaca.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Animasia Studio Sdn. Bhd. menandatangani kontrak dengan syarikat hiburan antarabangsa, Rainshine Entertainment untuk menerbitkan filem animasi berdasarkan tri­logi fiksyen antarabangsa, Young Captain Nemo.

Bukan sahaja animasi tersebut berdasarkan Young Captain Nemo yang merupakan buku fiksyen terlaris di Amazon.com, ia turut mendapat sentuhan penulisan skrip daripada arkitek terkenal, Jeffrey Reddick yang terlibat dalam francais filem terkemuka, iaitu Final Destination.

Mohd. Khair Ngadiron

Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd. Khair Ngadiron berkata, pencapaian Animasia adalah sesuatu yang patut dibanggakan dan beliau yakin dengan kemampuan syarikat itu untuk menghasilkan filem yang baik serta menjadi inspirasi kepada ramai kanak-kanak di seluruh dunia.

“Sebilangan besar kanak-kanak beralih ke hiburan, sama ada daripada buku atau filem untuk mendapat inspirasi dan bercita-cita mengikut jejak wira mereka.

“Selain itu, ketika prosedur operasi standard (SOP) terus berlanjutan dalam wabak ini dan kami membudayakan norma baharu, MBKM mendorong lebih banyak adaptasi buku tempatan dengan siri televisyen atau filem kerana kebanyakan orang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menggunakan hiburan sebagai ketenangan dan menghilangkan kebosanan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pengarah Urusan Animasia Studio, Edmund Chan pula berkata, produksi untuk filem tersebut akan melibatkan lebih daripada 100 bakat dari Malaysia dan selepas Tahun Baharu Cina, pihaknya akan memperluas jumlah pekerja sebanyak 30 peratus lagi. Sehingga kini, semua pekerja mereka adalah rakyat Malaysia.

“Walaupun wabak Co­vid-19 telah mempengaruhi banyak pihak, pasukan pengurusan di Animasia sangat cekap dan cepat untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan sebelum pihak kerajaan memperkenalkan SOP.

“Dengan berbuat demikian, produktiviti kami meningkat dan kami berjaya meningkatkan output pengeluaran yang mendahului rekod tahun sebe­lumnya.

“Di samping itu, kami juga ingin mencuba untuk meneroka Insentif Filem di Malaysia (FIMI) supaya kami dapat memanfaatkan rebat 30 peratus untuk semua perbelanjaan pengeluaran Malaysia yang layak daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) kerana kami melihat potensi besar dalam membawa skop pekerjaan yang lebih besar ke Malaysia,” katanya.

Menurut Animasia, filem tersebut mempunyai durasi 70 hingga 80 minit dan dihasilkan sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris dan pihaknya berusaha menghasilkan sari kata serta alih suara dalam bahasa serantau bagi penonton Asia Tenggara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.