TNB sasar tanam 7,000 benih bakau - Utusan Malaysia

TNB sasar tanam 7,000 benih bakau

Omar Sidek (kanan) menyerahkan bayaran terakhir Fasa 1 melibatkan penanaman 10,600 pokok bakau di Sungai Limau, Manjung, Perak kepada Pengurus GEC, R. Nagarajan, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasarkan menanam 7,000 anak benih bakau di Sungai Limau, Manjung, Perak dalam tempoh dua tahun sehingga Disember 2022.

Ia merupakan usaha yang disumbangkan syarikat tenaga itu untuk projek pemulihan hutan bakau melalui inisiatif hijau dalam fasa kedua projek berasaskan komuniti yang dilaksanakan bersama Global Environment Centre (GEC), Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Komuniti Sungai Limau, Sahabat Hutan Bakau Kuala Gula serta Sahabat Hutan Bakau Lekir Sitiawan.

Terdahulu, TNB telah menanam 10,600 anak benih bakau di kawasan seluas hampir empat hektar di Manjung melalui fasa pertama inisiatif tersebut.

Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek berkata, beberapa perkembangan positif yang menandakan pemulihan hutan bakau di kawasan terbabit dapat dilihat selepas inisiatif itu dijalankan
.
“Kami memulakan usaha sama ini pada 2019 untuk menggalakkan sifat kepemilikan dalam kalangan komuniti agar terus melindungi hutan bakau yang menjadi habitat kepada ribuan spesies.

“Kami gembira untuk memberitahu bahawa kehidupan akuatik seperti ketam telah kembali ke kawasan itu, menandakan keseimbangan eko­logi hutan bakau yang sihat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut TNB, usaha pemulihan hutan bakau telah menjadi satu daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat TNB sejak 2013.

Katanya, sebanyak 23,600 anak benih bakau telah dita­nam setakat ini dengan 18,800 daripadanya di Manjung dan baki 4,800 di tempat lain melibatkan negeri Perak, Selangor, Perlis dan Pulau Pinang.

Dengan tambahan 7,000 yang bakal ditanam di Manjung dan 1,000 di Jimah, Port Dickson, ia menjadikan sejumlah 31,600 anak benih bakal ditanam menjelang 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya