TNB menang anugerah antarabangsa ARC - Utusan Malaysia

TNB menang anugerah antarabangsa ARC

Laporan Tahunan Bersepadu 2019 Tenaga Nasional Berhad berjaya memenangi dua anugerah emas dan satu perak dalam majlis anjuran MerComm Inc. di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memenangi tiga anugerah dalam Anugerah Antarabangsa Pertandingan Laporan Tahunan (ARC) ke-34.

TNB melalui Laporan Tahunan Bersepadu 2019 yang bertemakan Building Relationships, Creating Value memenangi dua emas dan satu perak dalam anugerah anjuran MerComm Inc. yang berpangkalan di New York.

Amir Hamzah Azizan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, laporan yang dihasilkan pasukan penerbitan TNB itu sangat bermutu walaupun gerak kerja sedikit-sebanyak terganggu akibat pandemik Covid-19.

“Anugerah yang diterima adalah bukti bahawa walaupun berdepan dengan waktu yang mencabar, dedikasi, kerja keras dan yang paling utama iaitu semangat kerjasama mereka membuahkan hasil yang cemerlang.

“Pihak pengurusan TNB berbangga dengan semangat kerjasama, satu daripada enam nilai teras yang diterapkan untuk mengukuhkan ikatan antara 35,000 warga kerja TNB ke arah matlamat yang sama, iaitu menjadikan TNB sebagai peneraju tenaga boleh baharu di ASEAN,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

TNB merangkul anugerah emas bagi kategori Non Traditional Annual Report: Electric Power Company dan Interior Design: Electric Power Company manakala anugerah perak untuk kategori Cover Photo/Design: Electric Power Company dalam ARC.

Selain itu, TNB turut memenangi anugerah emas dalam Anugerah Korporat Tahunan Kebangsaan (Nacra) 2020 yang dianjurkan secara bersama oleh Bursa Malaysia Berhad, Institut Akaun Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

Dalam Nacra, TNB bersama enam syarikat lain yang tersenarai dalam Bursa Malaysia turut meraih anugerah bagi kategori syarikat dengan lebih RM10 bilion modal pasaran.

Sementara itu, syarikat utiliti itu turut memenangi Anugerah Kelas Aset Asean dalam Anugerah Kad Skor Pentadbiran Korporat Asean 2019, bersama 36 syarikat tersenarai awam Malaysia yang lain.

Anugerah yang diumumkan oleh Minority Shareholders Watch Group (MSWG) itu mengiktiraf 37 syarikat tersenarai tersebut atas amalan tadbir urus korporat yang cemerlang dan wajar dijadikan contoh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.