fbpx

6 Mac 2021, 1:56 pm

  TERKINI

TH tawar hadiah RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji menawarkan hadiah berjumlah RM500,000 kepada pendeposit bertuah melalui penganjuran dua kempen Simpan, Daftar dan Menang pada tahun ini.

Kempen tersebut ialah Simpan, Daftar dan Menang yang masuk tahun kedua penganjurannya, menawarkan hadiah bernilai RM400,000 berbanding RM300,000 pada tahun lalu.

TH turut memperkenalkan kempen Simpan, Daftar dan Menang Kelab TaHa dengan tawaran hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff, kempen Simpan, Daftar dan Menang mengekalkan syarat-syarat penyertaan dengan tambahan pendeposit bendaftar sebagai pengguna THiJARI.

“Kempen ini bertujuan memupuk orang ramai terutama para pendeposit untuk menambah simpanan, mendaftar haji dan menggalakkan mereka mendaftar sebagai pengguna THiJARI bagi memudahkan urusan bersama TH,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bagi kempen Simpan, Daftar dan Menang Kelab TaHa pula, beliau berkata, ia menyasarkan pendeposit muda berumur 17 tahun ke bawah dan perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM1,300.

Selain mengekalkan jumlah tambahan simpanan bersih minimum RM1,300 pendeposit yang belum mendaftar haji perlu berbuat demikian untuk layak menyertai peraduan berkenaan.

“Hadiah yang tunai yang ditawarkan berjumlah RM100,000 untuk 200 ahli Kelab TaHa bertuah,” katanya. – UTUSAN