TH mahu agih keuntungan stabil - Utusan Malaysia

TH mahu agih keuntungan stabil

TABUNG Haji dijangka mengumumkan kadar dividen 2023 lebih baik bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan pengagihan keuntungan lebih stabil bagi tahun kewangan 2020 yang bakal diumumkan pada penghujung Februari atau awal Mac depan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff berkata, strategi agensi tersebut adalah lebih jelas dengan memberi tumpuan terhadap pentadbiran dana baik sekali gus memberi pendapatan yang menarik.

Sebagai pemegang amanah dana umat Islam, beliau berkata, TH terus mahu melihat kepada aspek pulangan kewangan tetapi pada masa sama tidak mahu mengambil risiko melebihi yang sepatutnya semata-mata mendapatkan pulangan.

NIK MOHD. HASYUDEEN YUSOFF

Menurut Nik Mohd. Hasyudeen, banyak faktor perlu diambil kira sebelum mengumumkan pengagihan keuntungan termasuk kos pelaksanaan ibadah haji apatah lagi dalam musim pandemik.

“Kita mahu pastikan asas pengumuman pulangan itu kukuh. Cuma berapa angka itu tak dapat nak disebut kerana kami masih dalam proses ‘tutup buku’. Tungguh sahaja pengumuman nanti.

“Kita perlu melihat daripada beberapa segi iaitu prestasi tahun lalu dan jangkaan tahun ini. Kalau boleh kita mahu agihkan jumlah yang stabil. Itu sasaran TH,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Utusan Malaysia semalam.

Walau bagaimanapun, Nik Mohd. Hasyudeen memberitahu, suasana pasaran ketika ini sememangnya berdepan tekanan tetapi TH mampu menanganinya atas dasar mempunyai pelbagai jenis aset.

Beliau malah berkata, kestabilan jangka panjang masih kekal menjadi tumpuan TH memandangkan kos mengerjakan haji semakin lama semakin meningkat.

“Cuma saya lihat dari segi keyakinan dan kepercayaan pendeposit terhadap TH sudah semakin baik tetapi pelaburan kita berhadapan tekanan memandangkan situasi ekonomi mencabar.

“Pendeposit juga memperoleh manfaat memandangkan pulangan yang diberi itu nanti telah mengambil kira zakat di atas simpanan dan keuntungan.

“Sebahagian daripada duit itu juga digunakan untuk membantu jemaah haji sekali gus memberi pulangan keseluruhan yang lebih ‘membahagiakan’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN