TH lantik dua pengurusan kanan baharu - Utusan Malaysia

TH lantik dua pengurusan kanan baharu

haji
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) melantik dua pengurusan kanan iaitu Syahril Nizam Abu Hasan dan Azirruan Arifin.

Syahril Nizam Abu Hasan

Syahril Nizam dilantik sebagai Ketua Pegawai Risiko dan Pematuhan, sementara Azirruan Arifin dilantik Ketua Pegawai Audit dan Integriti.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusof berkata, pelantikan kedua-dua pengurusan kanan baharu itu telah mengambil kira pengalaman dan kemahiran yang mereka miliki.

“Kami pastikan pengalaman yang mereka miliki selaras dengan usaha TH untuk mengukuhkan kepimpinan profesional sekali gus menjadikan TH sebuah institusi Islam yang dihormati kerana pencapaian dan tadbir urus yang baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Syahril Nizam lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang risiko dan pematuhan.

Azirruan Arifin

Manakala, Azirruan yang memegang jawatan Ketua Pegawai Audit dan Integriti sejak 28 Disember lalu merupakan Ketua Pegawai Audit Dalam di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebelum menyertai TH.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan daripada UiTM dan merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta ahli profesional Certified Business Continuity Professional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya