Saham: PKP, Darurat tidak jejas aliran masuk asing - Utusan Malaysia

Saham: PKP, Darurat tidak jejas aliran masuk asing

Proklamasi Darurat minggu lalu tidak mencetuskan pengeluaran besar-besaran pelabur asing daripada pasaran ekuiti negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelaksa­naan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah negeri dan Proklamasi Darurat minggu lalu tidak menjejaskan aliran masuk ke dalam pasaran saham negara.

Menurut MIDF Research dalam laporan aliran dana mingguan, pelabur asing me­rupakan pembeli bersih selepas membeli RM326.06 juta ekuiti tempatan pada minggu berakhir 15 Januari lalu.

Katanya, pelabur asing membeli RM87.85 juta ekuiti tempatan sebaik sahaja pasaran dibuka semula Isnin ming­gu lalu dengan pelabur runcit dan institusi tempatan menjadi pembeli dan penjual bersih masing-masing pada kadar RM1.59 juta dan RM89.45 juta.

“Berbeza dengan jangkaan, Proklamasi Darurat minggu lalu tidak mencetuskan pengeluaran besar-besaran pelabur asing daripada pasaran ekuiti negara.

“Pelabur asing menjadi pembeli bersih setiap hari minggu lalu dengan aliran masuk terbesar dicatatkan pada Rabu sebanyak RM127.24 juta manakala aliran terkecil pada Jumaat berjumlah RM3.69 juta,” katanya dalam laporan tersebut.

Mengulas lanjut, MIDF Research berkata, ia bagaimanapun berbeza dengan institusi tempatan yang menjadi penjual bersih pada setiap hari minggu lalu.

Firma penyelidikan itu memberitahu, penjualan bersih terbesar direkodkan pada Selasa berjumlah RM103.43 juta manakala aliran keluar terkecil pada Khamis berjumlah RM12.28 juta.

“Pelabur runcit pula adalah pembeli kecuali pada Rabu. Walaupun aktiviti pembelian bersih bagi tempoh empat hari, namun aliran masuk harian keseluruhan adalah kecil dan mencatatkan bawah RM7 juta kecuali pada Jumaat.

“Secara keseluruhan, bagi minggu ketiga 2021, pelabur runcit adalah satu-satunya pembeli bersih pada kadar RM735.89 juta manakala institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing penjual bersih pada kadar RM724.94 juta dan RM10.96 juta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya