Pesawat PIA ditahan sementara tunggu prosiding - Utusan Malaysia

Pesawat PIA ditahan sementara tunggu prosiding

PIA mendakwa keputusan menahan pesawatnya dibuat sebelah pihak. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesawat milik Pakis­tan International Airlines (PIA) disahkan ditahan pihak berkuasa Malaysia sementara menunggu prosiding mahkamah secara inter-parte yang dijadualkan pada 24 Januari ini.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan membuat kenyataan bagi menghormati proses perundangan yang sedang berlangsung.

“Kementerian mengambil maklum berhubung insiden sebuah pesawat milik PIA yang didakwa ditahan di Malaysia.

“Memandangkan pesawat tersebut ditahan sementara menunggu prosiding mahkamah secara inter-parte yang dijadualkan pada 24 Januari ini, pihak kementerian tidak akan membuat kenyataan bagi menghormati proses perundangan yang sedang berlangsung,” katanya semalam.

Lapor Reuters, pesawat PIA ditahan pihak berkuasa Malaysia bersabit kes mahkamah di Britain.

Menurut syarikat penerbangan itu, perkara berkenaan akan diselesaikan melalui saluran diplomatik.

PIA mendakwa, pihak ber­kuasa Malaysia mengambil keputusan sepihak berkaitan dengan perselisihan undang-undang antara PIA dan pihak lain yang sedang menunggu keputusan mahkamah di Uni­ted Kingdom.

Walau bagaimanapum PIA tidak menyatakan di mana pesawat itu ditahan atau memberikan perincian kes mahkamah berkenaan.

PIA turut menegaskan bahawa situasi tersebut ‘tidak dapat diterima’ dan pihaknya meminta sokongan daripada Kerajaan Pakistan untuk membangkitkan perkara itu secara diplomatik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.