Industri insurans, takaful komited perangi Covid-19 - Utusan Malaysia

Industri insurans, takaful komited perangi Covid-19

RAKYAT mahu pemimpin politik memberi tumpuan kepada usaha melawan Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Industri insurans dan takaful negara menyokong penuh permintaan kerajaan untuk memastikan kerjasama rapat antara swasta dengan awam bagi menangani peningkatan kes Covid-19.

Walaupun secara amnya, risiko berkaitan dengan wabak tidak dilindungi pelan insurans dan takaful seluruh dunia, namun Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dalam kenyataan bersama memberitahu, sebahagian besar syarikat insurans hayat dan pengendali takaful telah menyediakan faedah tambahan seperti pendapatan hospital harian yang dibayar kepada pemegang polisi atau sijil.

Menurut ketiga-tiga persatuan itu, ia sebagai tindak balas kepada keperluan segera negara pada tahap awal penularan pandemik tersebut tahun lalu.

Katanya, pihak industri turut menggembleng tenaga mewujudkan pelbagai langkah bantuan bagi membantu pemegang polisi atau sijil mengatasi kesan kewangan daripada pandemik.

“Pandemik Covid-19 adalah pandemik sekali gus tidak diinsuranskan atau dilindungi di bawah faedah insurans atau takaful perubatan dan kesihatan.

“Namun begitu, industri telah membantu termasuk penangguhan polisi sumbangan yang memberi manfaat kepada lebih sejuta pemegang polisi dan sijil dengan premium bernilai lebih RM1.6 bilion,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, LIAM, PIAM dan MTA turut memberitahu, Dana Ujian Covid-19 (CTF) bernilai RM8 juta juta telah dibentuk pada Mac 2020 bagi membolehkan pemegang polisi menjalani ujian Covid-19.

Selain usaha industri, persatuan tersebut memberitahu, pengendali insurans dan takaful juga telah melancarkan pelbagai skim bagi membantu pemegang polisi dan sijil.

“Industri kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi meneroka cara bagaimana pengendali insurans dan takaful dapat meringankan perbelanjaan pesakit yang perlu di rawat di hospital swasta dalam keadaan sekarang.

“Industri ini juga menyokong untuk melindungi kepentingan pemegang polisi dan sijil dengan menyumbang kepada kejayaan perkongsian awam serta swasta dalam memerangi Covid-19,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya