Cagamas terbit bon, sukuk RM710 juta - Utusan Malaysia

Cagamas terbit bon, sukuk RM710 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbadanan gadai janji Malaysia, Cagamas Berhad mengumumkan penerbitan agregat bernilai RM710 juta merangkumi Kertas Komersial Islamik (ICP) sejumlah RM300 juta dan Kertas Komersial Konvensional (CCP) sebanyak RM300 juta.

Ia juga termasuk Nota Jangka Sederhana Konvensional (CMTN) Setahun RM55 juta dan juga CMTN tiga tahun pada kadar RM55 juta.

Hasil daripada terbitan tersebut akan digunakan untuk membiayai pembelian pembiayaan rumah, pinjaman perumahan dan sewa beli industri daripada sistem kewangan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong berkata, kesimpulan kejayaan transaksi menunjukkan keyakinan berterusan terhadap kertas Cagamas.

“Ia juga disokong oleh pasaran bon domestik yang kukuh dan berdaya tahan.

“Kami bersemangat memulakan tahun ini dengan kesimpulan transaksi yang berjaya walaupun berhadapan dengan cabaran daripada peningkatan kes Covid-19.

“Peningkatan kes itu telah menyebabkan pelaksanaan se­mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Proklamasi Darurat sekali gus mendorong ketidakpastian terhadap harapan pemulihan ekonomi domestik yang kukuh,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kedua-dua ICP dan CCP ditetapkan pada harga kompetitif Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan yang sepadan, ditolak dua mata asas (bps) atau bersamaan dengan 1.92 peratus pada penetapan KLIBOR pada tarikh ditetapkan.

Ia mewakili 19 bps yang tersebar di atas Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) yang sepadan.

CMTN pula ditetapkan pada harga sebaran 37 dan 52 bps di atas Sekuriti Kerajaan Malaysia yang sepadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya