BNM lantik dua anggota luar baharu MPC - Utusan Malaysia

BNM lantik dua anggota luar baharu MPC

Nor Zahidi Alias
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pada masa sama, bank pusat itu turut melantik semula Datuk Dr. Gan Wee Beng memegang jawatan sama berkuat kuasa 1 April 2021.

Dr. Gan Wee Beng

Menurut BNM, MPC bertanggungjawab merumuskan dasar monetari dan dasar-dasar untuk mengendalikan dasar monetari di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.

BNM memberitahu, akta tersebut juga memberi peruntukan kepada pelantikan anggota luar ke dalam MPC.

“Pelantikan Nor Zahidi dan pelantikan semula Wee Beng akan terus meningkatkan kepakaran dan pengalaman bersama berkaitan tanggungjawab serta fungsi MPC.

“Dengan pelantikan ini, MPC akan dianggotai lapan orang ahli,” katanya dalam kenyataan.

Nor Zahidi yang merupakan bekas Ketua Ekonomi di Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) memulakan kerjaya di The New Straits Times Press (M) Berhad sebagai penganalisis kanan.

Beliau kemudiannya menyertai Kuala Lumpur City Securities sebagai ahli ekonomi dan pernah memegang jawatan Ketua Penyelidik serta Ketua Ekonomi di Alliance Merchant Bank di samping Ketua Penyelidik di MCIS Zurich Insurance.

Wee Beng pula merupakan anggota MPC sejak 1 April 2019 turut menjadi Ahli Lembaga Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Beliau pernah menjadi Ahli Lembaga di Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan telah menyandang beberapa jawatan dalam CIMB Group sebagai Penasihat Perbankan Pelaburan dan Pengarah Eksekutif di CIMB Bank, CIMB Investment Bank dan CIMB Securities. – UTUSAN

Senarai anggota-anggota MPC:
1. Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Yunus
2. Timbalan Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour
3. Timbalan Gabenor BNM, Jessica Chew Cheng Lian
4. Timbalan Gabenor BNM, Marzunisham Omar
5. Penolong Gabenor, Norzila Abdul Aziz
6. Penolong Gabenor, Dr. Norhana Endut
7. Nor Zahidi Alias
8. Datuk Dr. Gan Wee Beng

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya