SIRIM, Hitachi Asia jalin kerjasama - Utusan Malaysia

SIRIM, Hitachi Asia jalin kerjasama

AHMAD Fadzil Mohamad Hani (kiri) dan Chew Huat Seng bertukar dokumen memorandum persefahaman sambil disaksikan oleh Ahmad Tajuddin Ali di Shah Alam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: SIRIM Berhad dan Hitachi Asia (M) Sdn. Bhd. memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkenalkan dan mengatur penyelesaian digital ber­asaskan awan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri pembuatan.

Di bawah kerjasama itu, SIRIM dan Hitachi Asia mengguna pakai penyelesaian digital berasaskan awan dari Hitachi Asia di Pusat Pengalaman Pembuatan Pintar SIRIM.
MoU tersebut ditandatangani dalam majlis yang diadakan secara maya semalam.

Pada majlis itu SIRIM diwa­kili Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan Hitachi Asia diwakili Pengarah Urusan, Chew Huat Seng.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Duta Jepun ke Malaysia, Oka Hiroshi dan Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali.

Ahmad Tajuddin dalam ucapannya berkata, di bawah Dasar Pandang ke Timur 2.0, kerjasama Malaysia-Jepun dalam pembuatan pintar yang dilancarkan pada 2 Mei 2019 oleh Kementerian Perdaga­ngan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Ekonomi, Jepun.

“SIRIM sebagai agensi pelaksana bagi program berkenaan telah mengadakan beberapa seminar berkaitan penggunaan pembuatan pintar dalam industri. Melalui program seperti ini, pemindahan teknologi, peningkatan dan penyelesaian teknologi atau teknikal industri 4.0 diharap akan dilaksanakan dengan syarikat Jepun,” katanya.

Ahmad Fadzil pula berkata, SIRIM komited membangunkan keupayaan dan kapasiti dalam industri bagi mencapai produktiviti yang tinggi de­ngan menawarkan penyelesaian strategik mengikut trend terkini, mampu milik dan disesuaikan mengikut keperluan perusahaan moden.

“Pusat Pengalaman Pembuatan Pintar SIRIM adalah inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan bagi Pembuatan Pintar, yang membolehkan PKS untuk akses, belajar dan memahami platform dan teknologi yang relevan dan menggunakan kes-kes sedia ada untuk melonjakkan PKS ke arah era industri 4.0,” katanya.

Huat Seng pula berkata, di Malaysia, sektor pembuatan berubah pantas daripada sebelum ini dan pemacu bagi itu termasuk penempatan (localisation), pengindividuan, masa ke pasaran dan kemampanan.

“Menggunakan penyele­saian digital menyediakan platform bagi syarikat dalam membina daya tahan perniagaan dan faedah dalam automasi dan pengoptimuman. Untuk membantu syarikat menjadi lebih responsif, produktif dan efisien, Hitachi menyediakan penyelesaian pembuatan pintar yang menggabungkan teknologi maklumat (IT), teknologi operasi (OT) dan produk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.