KUALA LUMPUR: Pengekalan kadar dasar semalaman (OPR) pada tahap 1.75 peratus sekurang-kurangnya sehingga penghujung tahun hadapan secara tidak langsung bakal membantu momentum prestasi indeks penanda aras Bursa Malaysia, FBM KLCI. Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid, kaunter perbankan meliputi komposisi terbesar iaitu kira-kira 25 peratus dalam FBM KLCI. Beliau berkata, OPR sememangnya pemacu utama kepada pendapatan sektor perbankan dengan sekiranya kekal, margin faedah…