MoF nafi lupus saham IWK - Utusan Malaysia

MoF nafi lupus saham IWK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) menafikan telah mengeluarkan surat tawaran atau jemputan kepada Ranhill Utilities Berhad (Ranhill) berhubung langkah pelupusan saham Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

Menurut Kementerian Kewangan, pihaknya tidak mengeluarkan surat tawaran atau jemputan kepada Ranhill untuk melaksanakan usaha wajar ke atas IWK sebagaimana yang dinyatakan syarikat tersebut.

“Dimaklumkan juga, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), Prokhas Sdn. Bhd. (Prokhas) juga tidak pernah mengeluarkan sebarang jemputan kepada mana-mana pihak bagi melaksanakan usaha wajar ke atas IWK sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan Ranhill,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kelmarin, Ranhill dalam makluman kepada Bursa Malaysia menyatakan mereka menerima tawaran pelupusan saham IWK daripada Kementerian Kewangan (Diperbadankan).

Menurut syarikat itu, ia susulan cadangan penstrukturan semula IWK olehnya yang diserahkan pada 26 Jun yang turut melibatkan pengambilalihan IWK oleh Ranhill. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya