Juruaudit syariah masih kurang - Utusan Malaysia

Juruaudit syariah masih kurang

Abdul Wahid Omar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peningkatan permintaan terhadap produk kewangan patuh syariah memerlukan lebih ramai juruaudit yang mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam bidang syariah.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, ruang lingkup audit kewangan sedia ada di negara ini tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pemegang taruh yang berkaitan dengan kepatuhan prinsip syariah dalam menjalankan transaksi dan operasi perniagaan.

“Kebanyakan mereka tidak memiliki kemahiran untuk mengaudit sejumlah besar transaksi yang berkaitan dengan pematuhan syariah.

“Kekurangan pemain industri yang memiliki kelayakan dalam bidang syariah dan pengauditan serta kekurangan pengalaman menimbulkan kegusaran terhadap kebebasan aufit syariah yang boleh menjejaskan integriti organisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucaptama sempena Persidangan Audit Syariah 2020 (SAC2020) yang dianjurkan secara maya oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM).

Kata beliau, pengauditan syariah akan menjadi inisiatif yang memastikan kepatuhan dan jaminan kredibiliti kewangan Islam dari perspektif pemegang taruh yang akan menyumbang kepada kebebasan syariah yang lebih menyeluruh.

“Terdapat kelompongan berkaitan pemahaman tentang pelaksanaan kerangka audit syariah yang sesuai ke arah pengauditan yang efektif dan efisien dari sudut modal insan.

“Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran bagi pegawai yang terlibat dalam audit syariah,” katanya.

Sementara itu, Presiden MIA, Dr. Veerinderjeet Singh berkata, akauntan profesional mempunyai kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk menjalankan audit syariah.

“Ahli MIA yang merupakan juruaudit berkelayakan untuk mengambil kelayakan profesional dalam audit syariah kerana kewangan dan audit syariah menggunakan kepakaran serta kemahiran yang sama.

“Kerjasama MIA dengan IBFIM berpotensi menghasilkan juruaudit syariah cekap yang akan menyokong tadbir urus syariah dalam institusi kewangan Islam selain memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan risiko, kestabilan dan integriti sistem kewangan Islam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya