‘Jadi ayam berjiwa besar’ - Utusan Malaysia

‘Jadi ayam berjiwa besar’

Stephen Chew
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
Nando’s, jenama ayam yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar makanan segera. Selama 30 tahun, Nando’s berusaha menjadi jenama ayam yang ‘bermakna’ dan mempunyai semangat untuk mengubah kehidupan orang ramai.
Usaha tersebut bukanlah mudah, lebih-lebih lagi dengan penularan pandemik Covid-19 yang
menjejaskan perniagaan Nando’s di seluruh negara.
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF NANDO’S MALAYSIA, STEPHEN CHEW (gambar)
berkongsi perkembangan, cabaran dan harapan syarikat itu dengan Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Stephen turut menyentuh usaha-usaha kemanusiaan yang dijalankan Nando’s dalam membantu
golongan memerlukan terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

UTUSAN: Boleh nyatakan perkembangan Nando’s di Malaysia? Pencapaian selama ini? Berapa cawangan dan berapa ramai pekerja?
Selama 30 tahun, Nando’s telah berusaha menjadi jenama ayam yang bermakna dan mempunyai semangat untuk mengubah kehidupan orang ramai. Nando’s bermula di Malaysia pada 1998 dengan restoran pertamanya di Bangsar, Kuala Lumpur. Pada tahun ke-10 beroperasi (2008), Nando’s melalui perubahan yang ketara.
Kami fokus kepada meningkatkan pengalaman dalam restoran, memperbaharui reka bentuk restoran kami, membawa rekaan seni dan hiasan dalaman dari Afrika Selatan seperti sofa dan lampu. Kami juga mula meraikan warisan Afrika Selatan kami dengan lebih jelas dengan menggunakan kisah Peri-peri kami, kisah petani Afrika Selatan dan legenda ayam belanda Barcelos dalam reka bentuk restoran kami.
Antara 2008-2010, kami mula mengalih fokus kepada meningkatkan tapak media sosial kami dan memperkenalkan sifat keperibadian Nando’s yang unik melalui cara komunikasi kami. Kami memenangi Anugerah Effie pada 2012 dan Bronze People’s Choice di Putra Brand Awards 2014.
Pada 2013, kami sedar untuk memastikan Nando’s disukai ramai untuk jangka masa panjang, membina hubungan yang erat dengan pelanggan merupakan strategi utama yang dipertikaikan. Kami merupakan antara jenama yang pertama di Malaysia melancarkan program kesetiaan melalui aplikasi mudah alih. Kini kami mempunyai 76 restoran dan 1,289 kakitangan di Malaysia yang membantu kami menjadi jenama yang bermakna dalam kalangan masyarakat.

Sejauh mana pandemik Covid-19 memberi kesan kepada perniagaan Nando’s?
Seperti kebanyakan restoran F&B lain, impak tersebut memang ketara. Sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, kami terus membuat pertukaran kepada prosedur operasi standard (SOP) dan membuka restoran hanya untuk bungkusan dan penghantaran. Pada masa sama, kami juga sedar bahawa pada masa-masa sukar seperti ini, ada keperluan untuk memberi kesan positif dalam komuniti dan itulah sebabnya kami mula menyumbang makanan kepada barisan hadapan, pelajar, polis dan sebagainya.
Secara luaran, di samping mengikuti SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, kami juga mengambil langkah tambahan untuk memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan kami.
Pandemik dan PKP mempercepat evolusi ini bersama dengan transformasi digital dan kemajuan teknologi yang sesuai dengannya.

Boleh beritahu mengenai inisiatif komuniti Nando’s Malaysia. Apa yang telah anda capai setakat ini?
Kami sedar akan peranan kami untuk membantu komuniti perlu diteruskan. Semasa PKP mula dilaksanakan, kami prihatin terhadap mereka yang cukup terkesan dengan kesan pandemik ini.
Oleh kerana terdapat beberapa restoran kami yang terpaksa menutup sementara perniagaan antara Mac hingga Mei, kami telah menyumbang makanan dan keperluan makanan kering dan turut menggalakkan ‘loyalty members’ kami untuk menyumbang. Sumbangan berjumlah hampir RM70,000, bersamaan dengan 6,000 keperluan makanan telah didermakan.
Kami mahu dikenali bukan sahaja dengan menjual ayam, tetapi untuk menjadi ‘Ayam yang Berjiwa Besar’. Usaha kami membantu komuniti semasa tempoh PKP di mana kami menyumbang makanan buat pekerja barisan hadapan, golongan memerlukan dan gelandangan telah memberi impak yang berbeza kepada mereka. Melalui kempen Kind Dining, kami mengajak pelanggan menyumbang barangan keperluan berupa makanan kering di mana kami memberi potongan 20 peratus dengan setiap pembelian.

Perancangan masa hadapan Nando’s, terutama pada 2021? Kemungkinan memperkenalkan menu baharu? Menambah rangkaian atau cawangan baharu? Berapa banyak pelaburan yang hendak dibuat jika ada?
Walaupun keutamaan kami ketika norma baharu adalah untuk memberi sokongan kepada pekerja dan pelanggan, namun kami sentiasa mencuba pendekatan yang berbeza untuk melebarkan sayap.
Jika dahulu, Nando’s lebih berfokuskan kepada pengalaman makan di restoran, kini kami melihat terdapat peluang dengan membina Dark Kitchen di lot kedai kawasan perumahan di mana pesanan ambil pulang dan penghantaran lebih mudah atau praktikal berbanding di pusat membeli-belah.

Pandangan tentang potensi dan masa depan industri F&B?
Nando’s merupakan satu jenama yang penuh azam dan mengutamakan konsep dari ladang ke meja makan dengan menghidangkan ayam peri-peri yang sempurna dengan cara sebenar. Menukar mentaliti orang ramai terhadap bagaimana seekor ayam dapat memberi nilai positif kepada komuniti dan masyarakat pada keseluruhan.
Bersama-sama dengan pembekal kami, kami berusaha mewujudkan impak yang bermakna dan merubah kehidupan pekerja, masyarakat dan pelanggan kami.
Pada waktu ini, kami juga fokus untuk mendigitalkan segala proses kami selepas melihat perkembangan penggunaan digital semasa makan di restoran dan cara pemesanan makanan natijah dari Covid-19. Selain itu, terdapat juga peningkatan pesanan penghantaran makanan dan ambil pulang dan penggunaan e-dagang.
Kami mengambil pendekatan kepada perkara ini dari pelbagai sudut, termasuk servis makan di restoran, pengurusan restoran, pengurusan hubungan pelanggan (CRM) dan automasi di dapur kami. Ini termasuklah restoran secara digital – pelanggan boleh memesan dan membuat pembayaran terus melalui peranti mereka sendiri; pengurusan dan automasi restoran yang diaktif dengan teknologi untuk meningkatkan kecekapan di dapur dan pengurusan pengekalan pelanggan. Kami melihat situasi ini sebagai faktor utama dalam industri makanan & minuman (F&B), ketika digitalisasi sedang meningkat dan kita berusaha pulih daripada wabak Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN