fbpx

Indeks nilai eksport tumbuh 0.2 peratus

Eksport keseluruhan negara pada 2019 berjumlah RM995.1 bilion. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Indeks nilai seunit eksport naik 0.2 peratus manakala indeks nilai seunit import pula susut 0.2 peratus pada Oktober 2020 berbanding September 2019, menurut laporan Indeks Perdagangan Luar Negeri Oktober 2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, berasaskan bulan ke bulan, indeks nilai seunit eksport menunjukkan pertumbuhan positif sebanyak 0.2 peratus daripada 110.5 mata kepada 110.7 mata pada Oktober 2020.

Katanya, peningkatan tersebut didorong oleh kenaikan indeks minyak & lemak binatang serta sayur-sayuran yang melonjak 5.3 peratus, barang-barang keluaran kilang (0.4 peratus) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (0.2 peratus).

Beliau berkata, indeks volum eksport juga menunjukkan kenaikan 2.2 peratus daripada 151.3 mata kepada 154.6 mata.

“Peningkatan indeks bahan mentah tidak boleh dimakan yang naik 11.6 peratus; pelbagai barang keluaran kilang (7.4 peratus) dan minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (6.2 peratus).

“Indeks volum eksport pelarasan bermusim mencatatkan penyusutan 6.8 peratus daripada 155.2 mata kepada 144.6 mata. Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport jatuh 4.7 peratus manakala indeks volum eksport naik 5.2 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mohd. Uzir, indeks nilai seunit import merosot daripada 112.6 mata kepada 112.4 mata pada Oktober 2020 susut 0.2 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Mohd. Uzir berkata, kemerosotan tersebut disebabkan kejatuhan indeks minyak galian sebanyak 4.2 peratus dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (0.2 peratus).

Walau bagaimanapun, indeks volum import naik 3.2 peratus kepada 139.4 mata berbanding 135.2 mata pada September 2020.

“Peningkatan ini disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian sebanyak 37.9 peratus, barang-barang keluaran kilang (1.6 peratus) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (0.5 peratus).

“Indeks volum import pelarasan bermusim pada Oktober 2020 jatuh 0.6 peratus daripada 135.3 mata kepada 134.6 mata,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN