fbpx

18 Januari 2021, 6:19 pm

  TERKINI

Disney tutup rangkaian radio

Perniagaan Walt Disney di seluruh dunia terjejas teruk akibat Covid-19 apabila sekatan rentas daerah dan sempadan dilaksanakan bagi membendung penularan wabak berkenaan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Walt Disney Co. dilaporkan menutup rangkaian Radio Disney yang berusia lebih dua dekad dengan syarikat tersebut semakin memberi tumpuan kepada penstriman video dan televisyen.

Rangkaian tersebut yang menayangkan program kanak-kanak telah dikendalikan oleh saluran Disney Channel.

Kira-kira 36 pekerja tetap dan sambilan telah diberitahu Khamis lalu mengenai keputusan berkenaan yang akan berkuat kuasa pada suku pertama 2021.

Penutupan itu mencerminkan perubahan besar yang dilakukan terhadap perniagaan Disney selepas penularan pandemik Covid-19 dan perubahan orang ramai kepada media.

Sejak lebih empat bulan lalu, syarikat tersebut telah menstruktur semula pengurusan dan menamatkan khidmat ramai pekerja, sebagai contoh bahagian ABC News Disney telah mengurangkan lima peratus daripada 1,400 kakitangannya.

Radio Disney yang ditubuhkan pada 1996 dan dikendalikan sebanyak 50 stesen seluruh Amerika Syarikat (AS) dengan rangkaian tersebut telah membantu karier pemuzik serta bintang Disney termasuk Miley Cyrus, Selena Gomez, Demi Lovato dan Hillary Duff.

Sayap Amerika Latin rangkaian itu yang diuruskan secara berasingan tidak akan terjejas dengan pengumuman terbaharu tersebut.

Disney juga memiliki 24 stesen radio lain dengan hampir kesemuanya telah dijual termasuk KRDC-AM di Los Angeles yang akan dijual tahun hadapan.

Keputusan tersebut juga mencerminkan perubahan dalam penggunaan muzik dengan ramai pengguna melanggan serta mendengar perkhidmatan digital seperti Spotify.

Penularan Covid-19 telah mengganggu pendapatan Disney dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bob Chapek telah menutup beberapa perniagaan yang telah lama ditubuhkan termasuk Disney Channel di United Kingdom dan rangkaian sekolah berbahasa Inggeris yang diuruskan syarikat tersebut di China. – AGENSI

BERITA BERKAITAN