Roti Gardenia naik harga - Utusan Malaysia

Roti Gardenia naik harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa produk roti keluaran jenama terkenal Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (GBKL) akan mengalami perubahan harga berkuat kuasa esok.

Menurut GBKL, produk-produk yang mengalami perubahan harga tersebut adalah Gardenia Squiggles perisa Funky Strawberry dan Choco Malto; Gardenia Delicia Soft Roll perisa Butter Toffee; Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans.

Kesemua produk tersebut akan mengalami peningkatan harga sebanyak 5 sen iaitu daripada RM1.05 kepada RM1.10 sebiji.

Beberapa produk lain turut mengalami kenaikan harga sebanyak 20 sen melibatkan Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries kepada RM4.70 daripada RM4.50.

“Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, GBKL telah mengalami kenaikan kos luar biasa dari segi pembuatan dan bahan mentah yang berada di luar kawalan pihak syarikat.

“Selama ini, GBKL menyerap kos kenaikan tersebut dan kini GBKL tidak mempunyai alternatif lain kecuali melaksanakan semakan semula harga produk-produk Gardenia terpilih.

“Walau bagaimanapun, harga bagi produk-produk Gardenia lain akan dikekalkan kerana GBKL akan terus menyerap kenaikan kos produk tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syarikat pengeluar roti tersebut memberitahu, ia sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan bagi memastikan bekalan yang optimim pada harga berpatutan untuk produk di Malaysia.

Katanya, perubahan harga itu terpaksa dilakukan kerana peningkatan harga bahan-bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu serta kos pembungkusan dan lain-lain.

“Fokus kami kini tertumpu kepada usaha untuk terus mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang kami dengan Gardenia percaya kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna setia kami atas sokongan berterusan dan pertimbangan situasi sedia ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.