Pemasaran digital melalui influencer marketing - Utusan Malaysia

Pemasaran digital melalui influencer marketing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terdapat pelbagai strategi pemasaran digital yang boleh dimanfaatkan. Ada yang menggunakan platform digital dengan integrasi media massa dan cetak atau memanfaatkan potensi pemasaran digital sepenuhnya disamping membina kerjasama pemasaran berpengaruh.

Pemasaran berpengaruh atau influencer marketing merupakan antara kaedah mempromosi produk atau perkhidmatan melalui kredibiliti individu yang mempunyai pengaruh (influence) dalam masyarakat. Penglibatan mereka mampu memberikan dorongan kepada orang ramai, pelanggan dan prospek pasaran bagi melariskan jualan dan me­ningkatkan reputasi perniagaan.

Secara am, terdapat dua ka­tegori pemasar berpengaruh. Kategori pertama adalah Macro Influencer, iaitu mereka yang dikenali ramai melalui profesion serta penglibatan aktif di media sosial. Personaliti popular atau key opinion leaders ini terdiri dalam kalangan selebriti, aktivis, pakar motivasi, doktor dan seumpamanya, serta mempunyai pengikut organik media sosial yang ramai sehingga mencecah ratusan ribu hingga jutaan.

Kategori kedua pula adalah micro influencer iaitu individu yang aktif dalam platform digital serta memahami teknik perkongsian media sosial, penulisan blog atau pengeditan video serta engagement yang baik. Mereka biasanya dikenali sebagai Blogger, Youtuber, Instagrammer atau pengamal media sosial.

Berbeza dengan selebriti atau key opinion leader, micro influencer memiliki kurang daripada 15,000 pengikut organik di platform media sosial, namun mempunyai niche dan pengaruh tersendiri dalam interaksi serta engagement yang kukuh dalam kalangan followers mereka.

Kini, terdapat ramai perso­naliti media sosial malah usahawan dalam talian yang bermula sebagai micro influencer dalam membina niche kerjaya. Begitu juga bagi sebahagian perniagaan, jenama produk dan per­khid­matan yang berjaya berkembang maju dengan sokongan pemasaran berpengaruh.

Oleh itu, ada beberapa faktor asas perlu difahami jika anda berhasrat menjayakan objektif pemasaran melalui khidmat pemasaran berpengaruh ini.

Niche. Para influencer mempunyai niche, iaitu fokus penglibatan yang menjadi tarikan penonton mengikuti perkongsian mereka. Terdapat beberapa kategori seperti gaya hidup, keibubapaan, kecantikan, hiburan dan pelbagai lagi. Mengenal pasti niche selaras hasrat pemasaran adalah penting untuk meluaskan capaian kepada sasaran pasaran.

Kredibiliti digital. Setiap influencer mempunyai kekuatan pengaruh di saluran digital yang berbeza. Ada yang mempunyai interaksi tinggi di laman blog, YouTube atau media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter atau kesemuanya. Bagi sesetengah kempen, analitik pengunjung ke laman blog dan engagement di media sosial juga diambil kira bagi memastikan keseimbangan kuasa tular dan impak pelanggan.

Kreativiti. Buat tinjauan kreativiti kandungan berdasarkan pengisian sedia ada setiap influencer yang anda ingin pilih untuk bekerjasama. Ia merang­kumi gaya penulisan, mutu gambar atau suntingan video yang dikongsikan kerana ia turut memberi refleksi terhadap penjenamaan, produk, perkhidmatan serta perniagaan anda melalui kreativiti storytelling dan copywriting komersial.

Rate card. Setiap influencer mempunyai nilai tersendiri, malah ada yang menyediakan pakej iklan dan review di platform digital dan rangkaian media sosial mereka. Anda boleh dapatkan kadar harga atau berbincang lanjut tentang kolaborasi pemasaran yang ingin dijayakan.

Justeru itu, makro dan mikro influencer berperanan sebagai individu yang ‘bercerita’ tentang jenama, produk atau per­khidmatan anda melalui kekuatan pengaruh peribadi mereka di ruangan digital. Semakin ramai orang tertarik dan turut sama bercerita, maka semakin cerah peluang perniagaan anda untuk berkembang dalam prospek pasaran digital.

Penulis adalah perunding pemasaran bertauliah dan pakar pemasaran digital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN