fbpx

4 Disember 2020, 4:32 am

  TERKINI

Maxis cabar tuntutan tambahan RM140j LHDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Maxis Berhad (Maxis) melalui anak syarikatnya, Maxis Broadband Sdn. Bhd. (MBSB) akan mencabar tuntutan tambahan sebanyak RM140 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tuntutan tersebut diterima MBSB pada 17 November lalu, yang merujuk kepada penalti penilaian tambahan untuk 2016 dan 2017.

Menurut Maxis, penilaian tambahan itu dikemukakan disebabkan penolakan pemotongan perbelanjaan faedah yang dikenakan pada tahun-tahun tersebut.

“Berdasarkan nasihat guaman yang diterima, MBSB akan melaksanakan proses undang-undang untuk mencabar asas dan keabsahan tuntutan penilaian tambahan yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah LHDN serta penalti yang dikenakan.

“Tiada apa-apa impak kewangan kepada Kumpulan Maxis disebabkan hasil proses undang-undang tersebut,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam. – UTUSAN