fbpx

18 Januari 2021, 11:42 am

  TERKINI

Bank tambah baik Bantuan Bayaran Bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan bakal penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,  peminjam dalam kategori itu akan diberi dua pilihan.

“Pilihan pertama, menangguhkan ansuran bulanan tiga bulan dan pilihan kedua pngurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan,” kata beliau.

Menurut Zafrul, peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pilihan  dan menyempurnakan dokumentasi kepada pihak bank.

Menurutnya, untuk peminjam dalam  golongan M40, proses permohonan bantuan bayaran balik pinjaman akan dipermudahkan.

“Peminjam diminta membuat pengisytiharan kendiri pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik,” jelasnya.

Kata beliau, semua kemudahan diumumkan akan berkuat kuasa bulan depan. – UTUSAN