Bajet kena utamakan wanita, orang muda - Utusan Malaysia

Bajet kena utamakan wanita, orang muda

Kerajaan perlu menyediakan peruntukan kursus untuk meningkatkan kemahiran pekerja ekonomi gig. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bajet 2021 yang dibentangkan Jumaat ini perlu memberi penekanan kepada pembangunan wanita seperti latihan jangka pendek  memulakan perniagaan atas talian atau secara kecil-kecilan.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat, Asuma Mohamed Sali berkata, penekanan pembangunan wanita boleh membantu rakyat terutama generasi muda  yang sedang menghadapi pandemik Covid-19.

Menurut beliau, golongan belia khususnya wanita muda lepasan sekolah dan universiti yang tidak bekerja boleh diberi dana untuk berniaga secara dalam talian.

“Peniaga-peniaga muda bawah 40 tahun wajar diberi bantuan perniagaan untuk terus bertahan. 

“Langkah membantu mereka berniaga dalam talian seperti menjual makanan dan perkhidmatan harus digalakkan.

“Malah, golongan muda yang baru mula berniaga boleh diberi insentif seperti rebat tunai utiliti seperti elektrik, air dan internet,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, pengerusi badan bukan kerajaan, 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Muhd.Ali Zakariah berkata, ramai golongan muda terpaksa menjadi penghantar makanan kerana masalah ekonomi.

“Subsidi untuk golongan tersebut mendapatkan lesen motosikal bagi memudahkan mereka mencari rezeki dalam bidang tersebut boleh diwujudkan.

“Tahun depan ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan tamat sekolah. Sementara menunggu keputusan mereka boleh bekerja sebagai penghantar makanan bagi melatih mereka berdikari,”katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya