Rizab antarabangsa BNM naik AS$105 bilion - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM naik AS$105 bilion

1mdb
MPC memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas setelah mengambil kira prospek pertumbuhan dalam negara yang terus berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada kadar AS$105 bilion (RM436.01 bilion) setakat 30 September lalu.

Kedudukan itu merekodkan peningkatan berbanding AS$104.8 bilion (RM435.18 bi­lion) yang dicatatkan pada 15 September lalu.

BNM dalam kenyataannya memaklumkan, paras rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Dari segi komponen rizab antarabangsa pula, rizab mata wang asing meningkat kepada AS$97.8 bilion (RM406.11 bi­lion) daripada AS$96.3 bilion (RM399.89 bilion) sebelum ini.

Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula tidak berubah pada kadar AS$1.3 bi­lion (RM5.40 bilion).

Sementara itu, hak pengeluaran khas (SDR) dan emas turut meningkat masing-masing kepada AS$1.2 bilion (RM4.98 bi­lion) dan AS$2.3 bilion (RM9.55 bilion) daripada AS$1.1 bilion (RM4.57 bilion) dan AS$2.2 (RM9.14 bilion) sebelum ini.

Aset rizab lain bagaimanapun menurun kepada AS$2.4 bilion (RM9.97 bilion) daripada AS$3.9 (RM16.19 bilion).

Jumlah aset bank pusat itu pula berjumlah RM488.88 bilion berbanding RM502.21 bilion yang direkodkan pada 15 September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya