Rekod pendapatan Tesla AS$8.8b - Utusan Malaysia

Rekod pendapatan Tesla AS$8.8b

Tesla mempunyai kapasiti untuk mengeluar dan menghantar 500,000 kenderaan tahun ini, namun syarikat itu mengakui sasaran berkenaan semakin sukar dicapai. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Tesla Inc. melapor­kan telah mencatatkan keuntungan suku tahunannya untuk kali kelima berturut-turut menerusi rekod pendapatan berjumlah AS$8.8 bilion (RM36.51 bilion).

Pendapatan itu didorong oleh peningkatan penghantaran kenderaan dan penjualan kredit peraturan alam sekitar kepada pembuat kenderaan lain.

Pengeluar kereta elektrik itu juga mengukuhkan sasaran untuk menyerahkan setengah juta kenderaan menjelang penghujung tahun ini, matlamat yang memerlukannya untuk meningkatkan penjualan kenderaan secara signifikan pada suku keempat.

Saham Tesla melonjak 2.5 peratus pada kadar AS$433.88 (RM1799.95) dalam sesi dagangan yang dipanjangkan sekali gus mengatasi anggaran penganalisis.

Tesla berkata, syarikat itu mempunyai kapasiti untuk mengeluar dan menghantar 500,000 kenderaan tahun ini namun mengakui sasaran itu menjadi semakin sukar.

“Mencapai sasaran ini bergantung sepenuhnya kepada peningkatan suku ke suku dalam jenama model Y dan pengeluaran di kilang Shanghai,” katanya.

Tesla turut menyasarkan untuk menghantar 840,000 hingga sejuta kenderaan tahun hadapan berdasarkan kepada kapasiti maksimum semasa kilangnya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk berkata, sasaran itu boleh dicapai.

Syarikat itu telah mengatasi trend penurunan yang dihadapi pengeluar kenderaan lain dalam tempoh pandemik ini selepas mencatatkan penjualan stabil dan suku yang menguntungkan di samping lonjakan saham sekitar 400 peratus tahun ini.

Permodalan pasaran pada kadar AS$394.5 bilion (RM1.64 trilion), Tesla telah menjadi pengeluar kenderaan terbesar dunia walaupun syarikat itu masih berada di belakang pesaing melibatkan penjualan, pendapatan dan keuntungan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.