Raymond dilantik CEO Etiqa Insurans Singapura - Utusan Malaysia

Raymond dilantik CEO Etiqa Insurans Singapura

Raymond Ong Eng Siew
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Etiqa mengumumkan pelantikan Raymond Ong Eng Siew sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Etiqa Insurans Singapura, berkuat kuasa hari ini.

Beliau akan melapur terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurans & Takaful, Kamaludin Ahmad dan bertanggungjawab memacu perniagaan insurans hayat dan am serta mengemudi prestasi Etiqa Insurans Singapura.

Kamaludin berkata, sebagai syarikat insurans ASEAN terkemuka yang telah menyaksikan perkembangan besar operasi luar negara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berbesar hati menyambut pelantikan Raymond.

Beliau berkata, pengalaman Raymond yang luas dalam pasaran insurans serantau dan tempatan serta rekod kepimpinan strategiknya, akan menjadi nilai tambah bagi perniagaan itu dalam mengatasi dan meningkatkan kemampuan syarikat.

“Kami berharap untuk melihat beliau mendorong komitmen Etiqa untuk mencipta pengalaman yang Fast & Easy bagi pelanggan kami. Saya yakin di bawah kepimpinan beliau, Etiqa Insurans Singapura akan terus merealisasikan potensi sebenarnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Raymond berkata, beliau sangat berbesar hati dilantik sebagai CEO Etiqa Singapura.

“Pihak pengurusan masa lalu dan sekarang telah meletakkan asas yang kukuh bagi Etiqa dan mendorong kedudukannya dalam industri kini, dengan kepantasan serta pertumbuhan yang terbaik.

“Saya akan terdorong dengan janji Etiqa untuk insurans yang berperikemanusiaan, berharap dapat memberikan cadangan produk dan perkhidmatan yang inovatif, mengutamakan pelanggan di pasaran dalam kami, berusaha mencapai hasil yang terbaik untuk pelanggan, rakan kongsi dan pihak berkepentingan,” katanya.

Raymond memiliki pengalaman lebih 27 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan dan insurans, setelah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di dalam kerjayanya dengan pengalaman dalam bidang aktuari, pengembangan produk, pengurusan risiko dan kewangan strategik.

Beliau menyertai Etiqa Insurans Singapura dari Great Eastern Life Assurance Co. Limited di mana beliau merupakan Ketua Pegawai Risiko Kumpulan tersebut.

Raymond pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan Great Eastern Life Assurance Malaysia, syarikat insurans hayat terbesar di negara ini, dan Ketua Aktuari untuk Great Eastern Life Assurance (China) Co. Ltd. berpusat di Chongqing, China.

Raymond seorang aktuari yang berkelayakan, memulakan kerjayanya dengan pihak berkuasa kewangan Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya