Nestle salur RM5 juta bantu pengendali F&B - Utusan Malaysia

Nestle salur RM5 juta bantu pengendali F&B

(Dari kiri) Pengurus Operasi Jualan Kebangsaan Nestle Profesional, Mohammad Zahidi Abdul Rahman; Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak; Presiden persatuan, Datuk Jawahar Ali dan Yit Woon Lai pada majlis penyampaian sumbangan Bangkit Bersama Nestle di Petaling Jaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nestle Malaysia Berhad (Nestle) menerusi kempen Bangkit Bersama Nestle menyalurkan RM5 juta untuk membantu 15,000 pengendali makanan dan minuman (F&B) tempatan bagi meneruskan perniagaan mereka pada masa yang sukar ketika ini.

Kempen tersebut adalah sebahagian daripada usaha bantuan Covid-19, diterajui oleh Nestle Professional yang sudahpun melancarkan beberapa inisiatif termasuk program bantuan perniagaan dan sumbangan wang tunai untuk membantu kedai kopi, kedai mamak, kedai makan dan restoran.

Nestle dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya turut memberikan sumbangan kepada persatuan perniagaan tempatan menerusi derma tunai, makanan dan bekalan lain seperti pelitup muka percuma untuk membantu ahli-ahli mereka.

Persatuan perniagaan tempatan yang menerima sokongan sepanjang kempen ini termasuk Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia, Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura, Persatuan Hotel-hotel Malaysia serta Persatuan Restoran dan Chef Ku Su Shin Choong Hung.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols berkata, walaupun aktiviti semakin beransur pulih, masih banyak perniagaan kecil bagi sektor luar rumah yang terkesan dengan krisis pandemik Covid-19.

“Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk merangsang dan memulihkan ekonomi negara supaya kembali rancak, Nestle juga akan membantu pengendali F&B kecil dan sederhana meneroka peluang komersial baharu.

“Cabaran yang dihadapi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan ramai pengendali F&B mempertimbangkan bagaimana mereka boleh memanfaatkan platform digital untuk mengubah perniagaan dan meneruskan operasi pada masa depan,” katanya.

Ujarnya, Nestle mahu membantu para pengendali F&B untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang kian berubah akibat Covid-19.

“Kami berharap dengan membantu memulakan semula perniagaan masing-masing, mereka dapat mengenal pasti dan mengambil peluang baharu serta menambah baik tawaran. Kami dapat membantu mereka mencari saluran pertumbuhan baharu, membina daya tahan dan berkembang maju dalam jangka panjang,” katanya.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle, Yit Woon Lai pula berkata, pihaknya telah mengadakan banyak rundingan dan perbincangan bersama pelbagai rakan niaga dan persatuan runcit di semua sektor untuk memahami masalah mereka sebelum merangka penyelesaian efektif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya