Mersing pacu ekonomi Johor pasca Covid-19 - Utusan Malaysia

Mersing pacu ekonomi Johor pasca Covid-19

HASNI Mohammad mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan ECER Johor secara maya di Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Mersing akan menjadi destinasi perniagaan tani dan pelancongan utama bagi memacu aktiviti ekonomi daerah itu pasca Covid-19.

Usaha itu bakal direalisasikan menerusi kerjasama erat Kerajaan Negeri Johor dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat berkata, dua projek perniagaan tani utama iaitu Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) dan Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Endau-Mersing akan dilaksanakan di Mersing.

Katanya, usaha itu sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kemandirian negara dalam pengeluaran makanan susulan daripada penularan pandemik Covid-19.

“JDV dijangka siap pada Februari 2023 akan mengurangkan lagi pergantungan negara terhadap produk tenusu import yang dianggarkan bernilai RM3.9 bilion pada 2019.

“Ia merangkumi kemudahan huluan dan hiliran seperti kandang lembu, kawasan pemerahan susu, pusat pemprosesan susu dan stesen makanan untuk haiwan ternakan di tanah seluas 275 hektar di Sungai Ambat, Jemaluang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, satu mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan ECER (ICC) Johor telah berlangsung semalam.

Mesyuarat itu dijalankan secara dalam talian buat pertama kalinya hari ini dan dipengerusikan Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Menyentuh Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Endau-Mersing, Baidzawi berkata, ia dijangka siap pada Mac 2022.

Katanya lagi, projek dibangunkan di atas tanah seluas 2.85 ekar milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Endau.

“Pembangunan ini bakal merangkumi pusat sejuk beku, kilang memproses produk ikan dan makanan laut, serta kemudahan kilang untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Taman ini akan meningkatkan kualiti produk berdasarkan keperluan keselamatan dan pengesanan makanan antarabangsa sekali gus membantu meningkatkan prospek eksport produk berasaskan ikan dari Mersing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya