MAS: Kerajaan tidak akan suntik dana - Utusan Malaysia

MAS: Kerajaan tidak akan suntik dana

Khazanah sebagai pemilik tunggal perlu menyusun strategi untuk memastikan kelangsungan MAS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menyuntik apa-apa dana kepada Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan masa hadapan syarikat penerbangan itu diserahkan sepenuhnya kepada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Khazanah sebagai pemilik tunggal perlu menyusun strategi untuk memastikan kelangsungan MAS.

“Kami secara konsisten me­nyatakan bahawa perkara ini perlu diselesaikan Khazanah. Kementerian Kewangan tidak akan menyuntik apa-apa modal kepada syarikat penerbangan melalui Khazanah,” katanya dalam sesi temu bual bersama radio BFM semalam.

Walau bagaimanapun, Tengku Zafrul tidak menyatakan bahawa kerajaan akan menutup syarikat itu kerana keputusan terletak pada pemiliknya, iaitu Khazanah.

“Pada masa ini kami tidak melihat sebarang sokongan da­ripada kerajaan. Ia terpulang kepada Khazanah sebagai pemilik tunggal MAS. Saya tidak pernah cakap akan menutup MAS,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kemungkinan untuk kerajaan menggantikan MAS dengan AirAsia yang dilihat le­bih berpotensi untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Penganalisis industri penerbangan dari Endau Analytics, Shukor Yusof berkata, AirAsia mempunyai potensi yang lebih besar dan berperanan penting dalam membangkitkan semula ekonomi negara selepas pandemik Covid-19 berakhir.

“Analisis yang saya lakukan mendapati sejak 2015 sehingga 2018, MAS mengalami kerugian sehingga RM3.15 bilion.

“Untuk menyelamatkan satu-satu syarikat penerba­ngan yang mengalami kerugian akibat pandemik Covid-19 ini, kerajaan perlu berbelanja antara AS$1 bilion sehingga AS$2 bilion (RM4.15 bilion hingga RM8.30 bilion). Mana-mana pilihan yang diambil perlu dipastikan berbaloi,” katanya.

Ia berikutan laporan Utusan Malaysia sebelum itu bahawa kedua-dua syarikat penerba­ngan itu mengalami masalah kerana pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapat syarikat penerbangan akibat kehilangan permintaan.

Ini menyebabkan kedua-dua syarikat tersebut berisiko bankrap jika tiada modal mencukupi disuntik bagi menyelamatkannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya