KUALA LUMPUR: Kemelut politik yang melanda negara perlu diselesaikan segera bagi menyelamatkan ekonomi daripada terjerumus ke dalam kemelesetan. Kestabilan politik bukan sahaja penting bagi menjamin keyakinan pelabur malah memastikan Malaysia berada di landasan tepat bagi pemulihan ekonomi selepas dilanda badai penularan Covid-19, kata Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid. Baharom berkata, kemelut politik sememangnya memberi impak besar terhadap ekonomi kerana boleh…










