Kadar bankrap komersial AS naik 33 peratus - Utusan Malaysia

Kadar bankrap komersial AS naik 33 peratus

Sekumpulan rakyat Amerika Syarikat mengadakan demonstrasi di Chicago, mendesak kerajaan menyalurkan lebih banyak bantuan bagi mengelak mereka kehilangan pekerjaan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kadar bankrap sektor komersial di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan melonjak 33 peratus setakat ini akibat penularan pandemik Covid-19 yang merencatkan perniagaan kecil.

Dalam masa yang sama, kes muflis baharu yang dilaporkan pada September naik mendadak sehingga 78 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Walau bagaimanapun, kadar kebankrapan dalam kalangan individu masih rendah susulan bantuan fiskal daripada kerajaan.

Syarikat perkhidmatan undang-undang, Epiq dalam laporan bulanannya memaklumkan, kadar bankrap komersial yang difailkan bulan lalu telah mencecah 747 kes.

Angka yang dicatatkan itu meningkat 320 kes berbanding 420 yang direkodkan tempoh sama tahun lalu dan naik 222 kes berbanding 525 pada Ogos.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sebanyak 5,529 kes telah difailkan iaitu tiga kali lebih tinggi berbanding tiga suku pertama pada 2019.

Pengarah Urusan Penstrukturan Korporat Epiq, Deirdre O’Connor berkata, pemfailan bagi kes komersial kebanyakannya melibatkan perniagaan kecil yang tidak mempunyai akses kepada modal atau pakej rangsangan.

“Malangnya, kes muflis ini dilihat akan terus meningkat dalam suasana ekonomi semasa,” katanya dalam kenyataan.

Berbanding sektor komersial, kadar bankrap bagi sektor bukan komersial dilaporkan menurun berbanding tempoh sama bulan lalu didorong oleh program bantuan kerajaan seperti Akta Bantuan dan Keselamatan Ekonomi Koronavirus (CARES Act).

Data Epiq menunjukkan, kes muflis individu menurun 43 peratus tahun ini dengan 118,306 kes berbanding 206,933 kes dilaporkan dalam sembilan bulan pertama tahun lalu.

“Program pengawalseliaan telah berjalan secara efektif dengan menyuntik kecairan dalam pasaran sekali gus menurunkan kadar muflis,” kata Naib Presiden Kanan Epiq AACER, Chris Kruse. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya