Gesa kaji semula tempoh kuarantin - Utusan Malaysia

Gesa kaji semula tempoh kuarantin

Kelonggaran tempoh kuarantin dikatakan boleh meningkatkan kembali industri penerbangan antarabangsa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Syarikat-syarikat penerbangan dan kumpulan ahli perniagaan menggesa lebih banyak negara melonggarkan perintah kuarantin yang dikenakan kepada penumpang sejurus ketibaan dan berlepas dengan alasan untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

Gesaan itu disuarakan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), Dewan Perdagangan AS, kesatuan penerbangan dan Kesatuan Pengembara yang meminta pentadbiran Presiden Donald Trump, gabenor dan negara lain mencari kaedah selain larangan perintah wajib kuantrin selama dua minggu.

Menurut mereka, usaha tersebut boleh digerakkan oleh AS kerana kelonggaran tersebut boleh meningkatkan kembali industri penerbangan antarabangsa yang mengikut data industri, terjejas hampir 78 peratus tahun ke tahun sebelum Covid-19.

“Kuarantin bagi pengembara telah menjejaskan industri kita. Ketika ini, sebanyak 18 negeri di AS telah melaksanakan kuarantin bagi penumpang sejurus ketibaan,” kata kumpulan itu.

Hawaii dilaporkan merupakan negeri terbaharu yang mengikuti langkah melaksanakan perintah kuarantin selama dua minggu kepada penumpang yang disahkan negatif Covid-19 sejurus ketibaan di lapangan.

Malah, AS dilaporkan masih melaksanakan larangan kepada hampir semua bukan warganya memasuki negara berkenaan. Antara rakyat negara terlibat dalam larangan itu ialah China, United Kingdom (UK), Ireland, Brazil, Iran dan Kesatuan Eropah (EU).

Dalam pada itu, hampir kesemua negara EU melarang kemasukan rakyat AS ke rantau berkenaan, sementara UK memberi kelonggaran namun, setiap pengunjung disyaratkan menjalani kuarantin selama dua minggu sejurus ketibaan mereka.

“Langkah meneruskan sekatan bagi pengembara antarabangsa dan perbezaan lara­ngan antara negeri hanya akan menjejaskan proses pemulihan ekonomi AS,” katanya.

Pentadbiran Trump dilaporkan telah mengadakan perbincangan peringkat ter­tinggi de­ngan beberapa negara antaranya UK, Jerman, Jepun, Kanada dan Itali ber­kenaan perkara tersebut.

Perbincangan itu antara lain membenarkan pergerakan atau mengurangkan tempoh kuarantin dengan syarat penumpang bersetuju menjalani ujian Covid-19 sebelum berlepas dan sejurus ketibaan.

Turut dibincangkan sama ada kurantin masih menjadi syarat, dengan pakar kesihatan Trump mencadangkan tempoh dipendekkan kepada seminggu, selain bentuk ujian yang perlu dijalankan ke atas pengembara.

Banyak negara termasuk AS mengalami peningkatan keS Covid-19 dan kelonggaran syarat dilihat sukar dilaksanakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya