Firma audit, juruaudit didenda - Utusan Malaysia

Firma audit, juruaudit didenda

Selain nama dan logo PLC, penipu berkenaan menggunakan bukti kela­yakan korporat, laman sesawang dan butiran lain entiti yang sah ketika mempromosi skim berkenaan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Firma audit RSL PLT (RSL) dan rakan kongsi auditnya dilarang menerima mana-mana entiti kepentingan awam (PIE) atau kumpulan wang jadual sebagai pelanggan dan mengaudit penyata kewangan mereka selama 12 bulan bermula 1 November 2020.

Larangan itu dikeluarkan oleh Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti (SC) dua rakan kongsi audit firma yang terlibat ialah Lim Lip Chin dan Lim Sang Chee.

Jelasnya, sebagai tambahan kepada larangan tersebut, AOB juga mengenakan denda sebanyak RM175,000 ke atas RSL dan RM44,000 ke atas Lim Lip Chin.

“Firma audit dan rakan kongsi auditnya didenda kerana tidak mematuhi piawaian audit mengenai prosedur asas audit dan dasar audit ketika menjalankan kerja pengauditan syarikat awam tersenarai.

“Penemuan ini mempengaruhi keseluruhan penyata kewangan utama seperti pelaburan dalam syarikat bersekutu, kos pembangunan harta tanah, perdagangan dan penghutang lain, pendapatan dan kos dari kontrak pembinaan dan penggabungan kumpulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah SC, RSL dan rakan kongsi auditnya telah mengemukakan rayuan kepada SC terhadap keputusan AOB.

“Selepas perbincangan, SC telah menolak rayuan tersebut dan mengesahkan keputusan AOB,” jelasnya.

SC merupakan badan berkanun yang melapor kepada Menteri Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi kawal selia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal.

SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, serta mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

AOB pula ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 yang berkuat kuasa pada 1 April 2010 untuk menggalakkan dan membangunkan rangka kerja pemantauan audit yang berkesan serta meningkatkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya