fbpx

Digi rekod perolehan RM1.58 bilion S3

  • Oleh Media Mulia
  • 16 Oktober 2020, 8:59 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat Digi.com Berhad (Digi) merekodkan perolehan sebanyak RM1.579 bilion pada suku ketiga (S3) 2020, meningkat 8.7 peratus daripada RM1.452 bilion suku sebelumnya.

Jumlah susut nilai dan pelunasan (EBITDA) syarikat pada suku ketiga turut meningkat 2.1 peratus kepada RM786 juta daripada RM770 juta suku kedua 2020.

Syarikat turut merekodkan keuntungan selepas cukai yang lebih tinggi pada suku dilaporkan iaitu sebanyak RM321 juta, meningkat 11.5 peratus daripada RM288 juta yang dicatatkan dalam tempoh enam bulan pertama 2020.

Menurut Digi, keuntungan itu dipacu oleh peningkatan perolehan dalam segmen internet dan digital yang tumbuh sebanyak 5.4 peratus.

Jelasnya, pertumbuhan itu turut disumbang oleh pemulihan operasi perniagaan komersial selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan margin EBITDA meningkat 50 peratus.

“Aliran tunai operasi turut mengukuh 19.6 peratus suku ke suku kepada RM652 juta,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengulas prestasi kewangan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty berkata, syarikat mampu melalui tempoh yang sukar sepanjang krisis dengan menambak baik peluang-peluang perniagaan melalui sokongan kepada para pelanggan.

“Dalam suku berkenaan, kami mengembangkan rangkaian inovasi dan nilai tambah melangkaui teras potfolio produk, melancarkan rangkaian fiber seluruh negara untuk memberikan perkhidmatan kepada lebih banyak isi rumah,” katanya. – UTUSAN

 

BERITA BERKAITAN