Brexit: UK bakal hilang AS$25 bilion - Utusan Malaysia

Brexit: UK bakal hilang AS$25 bilion

Penganalisis menjangkakan tindakan UK keluar daripada Kesatuan Eropah akan hanya menjejaskan pertumbuhan dan aktiviti ekonomi negara berkenaan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kegagalan United Kingdom (UK) memuktamadkan rundingan Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU) boleh menyebabkan negara berkenaan kehilangan perdagangan lebih AS$25 bilion (RM103.73 bilion) pada tahun depan.

Menurut analisis yang dijalankan oleh CNN Business, kegagalan tersebut boleh menyebabkan perdagangan antara UK dan EU terjejas, dengan perniagaan UK tidak lagi menikmati kebebasan seperti yang mereka nikmati sebelum ini.

“Perkembangan itu akan menyebabkan UK semakin tertinggal dan usahanya untuk pulih daripada pandemik Covid-10 mungkin turut terjejas.

“Gabungan Covid-19 dan keluar daripada pasaran tunggal EU akan menyebabkan unjuran ekonomi UK tidak menentu,” kata Ketua Ekonomi di Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi, Laurence Boone.

Para pemimpin EU yang bermesyuarat di Brussles dilaporkan akan menggesa UK memberi kata putus berkenaan undang-undang perdagangan yang lebih adil menjelang rundingan Brexit minggu ini.

Menurut laporan, sebanyak 27 pemimpin EU akan berkumpul di Brussles menjelang pra rundingan Brexit dan meminta negara anggota bersiap sedia untuk sebarang keputusan termasuk kemungkinan tiada persetujuan dicapai.

Gesaan pemimpin EU itu bagaimanapun disambut Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dengan menyatakan, beliau mungkin keluar daripada rundingan itu melainkan keputusan pertemuan ketua-ketua kerajaan EU menunjukkan ada tanda-tanda kejayaan.

EU tidak pernah mengiktiraf tarikh akhir yang ditetap oleh UK berhubung rundingan Brexit dan keputusan yang bakal dibuat mereka memberi tekanan kepada Johnson.

Ketua Perunding UK, David Frost berkata, keputusan yang dicapai oleh pemimpin EU ‘mengecewakan’ dan Johnson akan memutuskan tindakan selanjutnya.

Dua institut penyelidikan iaitu Citi dan Institut Kajian Fiskal (IFS) menjangkakan, ekonomi UK akan menguncup 9.4 peratus tahun ini, rekod terburuk sejak 1921 berdasarkan Bank Pusat nergara berkenaan.

Menurutnya, langkah UK keluar daripada EU ditambah ancaman pandemik Covid-19 akan hanya melambatkan proses pemulihan ekonomi negara itu. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya